Luahan Impian Kamen Untuk Honda CB250r | Hajat di hati teringin sangat untuk miliki jentera HONDA iaitu CB250r seperti gambar di bawah. Biasalah apa-apa benda pun impian kene pasang dulu, tak gitu, baru kita bertungkus lumus berusaha mencari yang sepatutnya untuk memiliki jentera Honda CB250r ini. Harga pasaran di Malaysia tak salah kamen shar RM22++.++ termasuk otr atau tak,kamen shar tak pasti.
Ok ini sendikit detail yang di ambil dalam website paultan.org . CB250R dikuasakan oleh enjin satu silinder 250 cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair, bersama padanan transmisi enam kelajuan. Kuasa yang mampu dihasilkan aalah 27.2 hp pada 9,000 rpm dan 23.3 hp pada 8,000 rpm. Enjin ini juga menggunakan sistem suntikan PGM-FI, dan sebenarnya adalah unit sama seperti yang terdapat pada CBR250R pasaran Malaysia sekarang.
Macam mana?? lawa kan..

Keistimewaan CB250R adalah ia mempunyai catatan berat cuma 145 kg, dan suspensi hadapannya menggunakan unit Showa USD 41 mm. Suspensi belakang pula adalah unit monoshock dengan pelarasan pra beban. Untuk brek, bahagian hadapan menggunakan cakera tunggal 296 mm bersama angkup Nissin empat piston manakala di belakang pula terdapat cakera 220 mm bersama angkup satu piston. Kedua-duanya juga disambungkan dengan sistem ABS two-channel.
Informasi penting motosikal boleh dilihat melalui meter LCD digital tetapi ia tidak mempunyai penunjuk kedudukan gear. Walaubagaimanapun, pengguna disediakan dengan lampu tukar gear dan tangkinya boleh menyimpan 10.1 liter bahan api. Semua lampu pada motosikal ini juga adalah daripada unit LED.
Doakan Kamen Shar suatu hari nanti dapat memilki jentera CB250R ini, Kalau dapat Kamen Shar akan update di sini. Thanks support dan jom kita usya gambar-gambar CB250R.
Macam mana?? lawa kan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan