KANTOI!! “Solat asar 3 rakaat, eh 2, eh?” Ni Mintak Sedekah Ke Minta Tajaan | Sekarang ni kalau korang perasan, ramai individu yang menggunakan agama untuk meminta derma. Kita pun jadi tak pasti yang mana betul-betul memerlukan dan juga mereka yang menipu dan hanya menggunakan agama demi kepentingan sendiri. Baru-baru ni, tular di laman media sosial mengenai seorang lelaki meminta derma telah di soal mengenai jumalah rakaat solat asar namun dia gagal menjawabnya dengan betul. Menurut perkongsian oleh @potteraFARHAN itu, lelaki itu menyamar sebagai individu yang ditugaskan untuk mengutip derma bagi salah sebuah tahfiz di Sungai Petani, Kedah. Namun begitu, penipuannya itu terbongkar apabila dia telah disoal oleh individu lain mengenai bilangan rakaat solat fardhu asar dan dia memberikan jawapan yang salah. “Tadi solat tak? Solat dekat mana?” – Perakam “Solat. Zuhur tadi solat pukul 1.” – Peminta derma “Solat asar berapa rakaat?” – Perakam “Dua.. eh tiga.. eh..”
Tutorial, review produk, isu semasa, lifestyle, kesihatan, agama dan sebagainya. Blog yang mesra pengguna dan memberi kepuasan pada pembaca