Isnin, 23 Disember 2024

SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM900 & RM600 & RM1200)

SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM900 & RM600 & RM1200) | SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM900 & RM600 & RM1200) : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM900 & RM600 & RM1200)


Disebabkan kos sara hidup sukar dikawal, Kerajaan juga akan mengagihkan Bantuan Dapur selain bantuan tunai. Bantuan Dapur akan disediakan sepanjang tahun 2025 bertujuan membantu orang ramai yang mudah terjejas dengan kenaikan kos keperluan asas.

Bagaimana untuk menyemak status kelayakan atau tidak untuk Bantuan Dapur? Ikuti panduan dan ketahui lebih lanjut di bawah.

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan Barang Dapur yang akan diberikan sepanjang tahun 2025 kepada setiap kategori :

PENERIMA
SEDIA ADA
PENERIMA
BAHARU
Isi Rumah : RM1,200 setahun
Warga Emas : RM1,200 setahun
Bujang : RM600 setahun
Isi Rumah : RM900 setahun
Warga Emas : RM450 setahun
Bujang : –

KAEDAH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR

Pemberian Bantuan Dapur tidak diberikan dalam bentuk fizikal, sebaliknya kerajaan menyalurkan bantuan tunai ke akaun kad pintar (MyKAD) penerima dan setiap penerima boleh memilih barangan dapur yang mereka kehendaki berdasarkan jumlah yang diberikan kepada mereka setiap bulan.

Sekiranya pembelian barangan dapur melebihi jumlah bantuan yang diberikan, waris perlu membayarnya secara tunai. Walau bagaimanapun, jika pembelian barangan dapur tidak melebihi jumlah bantuan, baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan semula untuk pembelian seterusnya.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR

Penerima bantuan hanya boleh memilih barangan dapur seperti di bawah :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN BARANG DAPUR

Bagi mengetahui status layak atau tidak menerima Bantuan Barang Dapur, ikuti panduan semakan status seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status ‘LULUS’ Bantuan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Penafian: kami hanya memberi info-info terbaik kepada pembaca, jika ada kemuskilan boleh rujuk dekat atas yang kami kongsikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan