Berita Terkini Menarik Dan Bermanfaat

Betul ke Agung dan Kahwin?? “Mengikut laporan Baginda memilih Oksana Voevodina, “Miss Moscow -2015″, sebagai permaisuri hati baginda.”

Betul ke Agung dan Kahwin?? “Mengikut laporan Baginda memilih Oksana Voevodina, “Miss Moscow -2015″, sebagai permaisuri hati baginda.” Tahniah Tuanku.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina di Rusia, semalam.
Menurut laporan www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis itu, Sultan Muhammad mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Voevodina mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.
Tetamu yang hadir dijamu pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.
Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video majlis tersebut tersebar di aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, memetik laporan NST, sehingga pagi ini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut.
Insya Allah jika ini benar.. semakin erat hubungan Malaysia-Russia..!!
“Mengikut laporan Baginda memilih Oksana Voevodina, “Miss Moscow -2015″, sebagai permaisuri hati baginda.”
Kalau betul Agong kahwin dengan wanita rusia tu. Happy rasanya :
1. Islam akan berkembang lagi di bumi Rusia
2. Kalau isterinya bukan islam, sorang lagi umat Islam bertambah selepas perkahwinan ni
3. Kalau isterinya cetek agama, Insyaallah sorang lagi wanita Islam hebat akan dididik oleh suami yg beragama
4. Nama Malaysia akan lebih masyhur di serata dunia kerana perkahwinan itu diadakan dgn seorang wanita yg tidak kurang hebatnya
Tahniah di atas perkahwinan ini..Allah pasti mengizinkan sesuatu tu berlaku kerana ada hikmahnya. cuma datin duk bayanglah, bila gaduh sorang cakap Rusia, sorang cakap kelate hahaha nice nice..
sumber :   sinar harian, yenicag

Catat Ulasan

0 Ulasan