Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

SEMAK SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah

SEMAK SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah  | Janganlah ibu bapa merasa pening dan penat untuk ke sekolah apabila bila guru memanggil anda, hari ini dan masa kini anda tidak perlu lagi mendengar keluhan dari anak-anak atau muskil tentang keputusan peperiksaan mereka. Kini ibu bapa boleh buat semakan peperiksaan sekolah rendah secara online sahaja. SAPS ibu Bapa merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah. 
semakan peperiksaan sekolah rendah

SAPS sekolah rendah boleh dibuat secara atas talian iaitu online. Mudahkan senang dan jimat masa anda.
Keputusan pelajar bermula dari sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
Keputusan peperiksaan sekolah menengah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
Setakat ini keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, dan SPM masih tidak boleh disemak melalui sistem ini. Harap maklum.

Ok, berikut ada cara membuat semakan SAPS ibu bapa: -


Berikut cara yang kami kongsikan untuk anda senang membuat semakan peperiksaan sekolah rendah anak anda.

  1. Sila klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa .

      2. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut:
3. Seterusnya, masukkan no kad pengenalan atau pun sijil lahir pelajar. (Jika no kad pengenalan dimasukkan salah, klik sini ). Masukkan no kad pengenalan pelajar tanpa meletak tanda senkang (-) ataupun menekan “space”.
4. Sila pilih negeri di mana sekolah pelajar belajar. Selepas itu, anda boleh membuat  carian nama sekolah pelajar berkenaan.
5. Klik semak untuk seterusnya.
Kami doakan semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa ini dan mendapat keputusan yang baik.

No yang Boleh Dihubungi

Jika anda mendapat kesulitan dalam mengakses sistem SAPS ibu bapa ini anda boleh hubungi:-
TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
Waktu: SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg
(kecuali pada cuti umum)
Rehat pada  1:00 ptg – 2:00 ptg
(kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)
atau anda boleh baca maklumat di bawah ini: -
semak keputusan peperiksaan sekolah rendah

Kami mendapat report terdapat banyak aduan apabila untuk mengakses ke sistem ini, jika ia berlaku adakalanya disebabkan masalah penyambungan private.
Masalah dalam Mengakses Sistem SAPS Ibu bapa , Jika anda mendapat “Your conection is not private“, ikut langkah berikut.
klik “Advanced” seperti gambar di bawah.
Kemudian klik “Proceed” seperti gambar di bawah.
Semoga artikel ini dapat membantu ibu bapa dalam menyemak peperiksaan sekolah rendah. Jika ia bermanfaat kepada anda sila tinggalkan komen.

sumber yang anda boleh rujuk selain dari blog ini:-

Catat Ulasan

0 Ulasan