Semak atau HACK Whatsapp Pasangan Anda Yang Wajib Anda Tahu | Penggunaan whatsapp di zaman ini banyak membantu dan berguna kepada pengguna. Tetapi ada yang sedih kerana cara penggunaannya disalah erti atau disalah guna,contoh buat group s3ks, group mengumpat atau membawang yang paling terasa whatsapp curang dengan pasangan.
*kamenshar tidak bertanggungjawab hanya kongsikan teknik sahaja, teknik ini sebenarnya anda boleh gunakan untuk menyemak whatsapp anak-anak anda supaya anak anda tidak terlibat perkara yang tidak diingini,hanya pendapat blogsemak sahaja.
Aplikasi Whatsapp boleh dihack dengan melanggan aplikasi berbayar, tetapi berbaloikah jika anda menjumpai kaedah lain lebih cepat dan murah? Ok, kami akan kongsikan teknik mudah meng’hack‘ Whatsapp pasangan anda tanpa dikesan! Ya tanpa dikesan, InsyaAllah selamat. Apa yang anda perlukan hanyalah 3 perkara : smartphone pasangan anda, smartphone/laptop milik anda serta sambungan internet!
Salah satu cara yang mudah adalah anda hanya perlu meminta telefon pasangan anda dengan alasan untuk menghantar mesej kepada rakan anda dan katakan bahawa telefon anda kehabisan kredit atau data. Tekankan bahawa hal tersebut adalah urgent dan anda sangat-sangat memerlukan telefon pasangan anda untuk membuat pesanan ringkas kepada rakan anda. Jangan nampak sangat yang anda tu memang nak semak telefon pasangan anda. Tunjukkan kesungguhan tersebut supaya si dia yakin dengan anda dan memberikan telefon bimbitnya kepada anda!
Terdapat 2 cara yang boleh digunakan sama ada melalui smartphone ataupun laptop.
1. LAPTOP (*Video bermula pada minit 1:27.)
2. SMARTPHONE
2. SMARTPHONE
Penggunaan smartphone untuk membuka whatsapp pasangan anda adalah sama dengan kaedah laptop, iaitu dengan cara anda menggantikan smartphone anda sebagai alat untuk melayari ‘Whatsapp Web’ melalui Google Chrome handphone anda.
1.Buka laman web Google Chrome pada smartphone kepunyaan anda dan pergi ke laman web ini → https://www.whatsapp.com/ . Pastikan anda memilih untuk ‘request dekstop site’ di bahagian settings pelayar internet anda.
2. Lakukan prosedur yang sama kepada smartphone pasangan anda seperti dalam video di atas atau dibawah!
Semoga artikel Cara Semak atau HACK Whatsapp Pasangan Anda Yang Wajib Anda Tahu dapat memberi kerpercayaan dan tolenrasi antara pasangan, ingat bercinta biar ikhlas kerana Allah, insyaAllah kekal ke Jannah!
Semak atau HACK Whatsapp Pasangan Anda Yang Wajib Anda Tahu
0 Ulasan