Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

TheNoor Aplikasi Islam PERCUMA Dari Neelofa

TheNoor Aplikasi Islam PERCUMA Dari Neelofa, Jom Donwload | Aplikasi terbaik abad ini kerana memenuhi ciri islamik, rugi jika anda tidak install download dalam phone anda terutama yang beragama islam. Jom miliki sekarang ianya percuma.

The Noor merupakan aplikasi islamik yang dilancarkan oleh Neelofa. Paparannya menarik, warnanya menenangkan, fungsinya simple namun memuaskan. Puas hati!


Antara features yang kita boleh dapat di sini ialah:

1. Menyajikan bacaan al-Quran lengkap 30 juzuk daripada seramai 10 orang syeikh terkemuka dunia. Suaranya sedap dan lunak sekali, masya-Allah. 

2. Menyediakan terjemahan al-Quran untuk 5 bahasa pertuturan iaitu Bahasa Melayu Malaysia, Bahasa Melayu Indonesia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin. Tak cukup dengan tulisan, siap ada terjemahan bersuara lagi. 

Terjemahan ini diterjemahkan oleh Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, Madinah Munawwarah. 

3. Ada takwim solat yang menarik. Ia dah auto detect lokasi kita. Jadi ke mana pun kita pergi, ia akan terus kemaskini mengikut lokasi semasa. 

Lengkap dengan countdown waktu solat akan datang, suhu semasa, tarikh masihi dan hijri.



4. Apabila masuknya waktu azan, The Noor akan memberikan notifikasi bersama suara azan. Paling menerujakan ialah, bilal yang azan di sini merupakan orang Malaysia sendiri. 

Nampak tak betapa The Noor mengenengahkan bakat orang kita di mata dunia. Fuh!

5. Juga boleh semak arah kiblat. Kita boleh tahu jarak masjid yang berada di sekeliling kita. Tersangatlah molek ketika kita keluar bermusafir nanti. 

6. Tiada ads. Yang ini paling penting. Hihi. 

Bolehlah pakat muat turun aplikasi menarik ini ke telefon masing-masing. Percuma sahaja, tak kena bayar! Klik link di bawah ya:



Semoga bermanfaat


#NF
#TheNoorApp 
#CanYouSeeTheLight

Catat Ulasan

0 Ulasan