Mudah - Semak Nombor Akaun Penipu Onlinee (Portal ccid.rmp.gov.my/semakmule) | Jangan terkena, jika terkena tipu badan dan fikiran merana, itulah ungkapan yang sering kita takuti untuk membeli barangan online kerana takut ditipu oleh penjual atau peniaga online.
Mudah - Semak Nombor Akaun Penipu Online | Zaman serba canggih apatah lagi tahun 2020 kita dilanda dengan Covid19, banyak orang terjejas dari segi pendapatan, disini kaki scammer atau penipu online akan terdesak untuk membuat penipuan secara online atau pukal, ada yang jual produk ada jual service dan sebagainya. Hakikatnya semua itu penipuan belaka.
Kita sedia maklum ada di antara kita tidak mahir atau kekurangan ilmu dalam menilai atau mengesyaki adakah penjual ini penipu online sebenarnya – Kami bagi contoh dekat anda. Iphone 12 128GB baharu dijual pada harga RM2,800 sedangkan harga asal dan terkini RM4+++ hampir separuh harga. Disini kita boleh lihat dan boleh pastikan yang perniaga atau penjual ini banyak menipu.
Untuk itu, mari kita mengelak daripada terkena dengan penipuan ini anda boleh layari sesawang ini : http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
Sila masuk nombor akaun bank penjual tersebut dan pasti akan keluar jika penjual itu pernah menipu orang lain dan telah dibuat report polis. Sudah pasti betul kerana Laman sesawang ini adalah official daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jika sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa was-was atau ragu pada penjual tersebut betul atau tidak kami sarankan anda cuba tips berikut:
Jika berlaku anda masih tertipu setelah anda buat research tersebut kami sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ .
Jika sekiranya nama si penjual tiada dalam laman sesawang ini tetapi anda rasa was-was atau ragu pada penjual tersebut betul atau tidak kami sarankan anda cuba tips berikut:
- Lihat Profile facebook sama ada guna gambar betul atau fake
- Lihat testimoni daripada pelanggan – pelanggan yang lain
- Lihat Laman sesawang sama ada lengkap menyakinkan atau tidak
- Cuba search nombor telefon penjual di www.facebook.com
- Cuba search nombor akaun bank penjual di www.google.com
- Cuba search nombor telefon penjual di www.google.com
- Cuba compare harga barang yang dijual dengan laman facebook atau web lain
- Cuba buat COD bagi barang – barang yang berharga melebihi RM 1000.00
- Tanyalah kawan – kawan yang lain mungkin mereka pernah membeli atau mengetahui berkenaan penjual tersebut
Jika berlaku anda masih tertipu setelah anda buat research tersebut kami sarankan anda buat laporan polis untuk dimasukkan senarai nombor akaun tersebut ke dalam laman sesawang polis http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ .
Jika artikal ini bermanfaat silakan share atau kongsikan kepada rakan-rakan serta keluarga anda, kami pasti ada di antara mereka pernah ditipu peniaga online tertapi segan untuk bercerita.
Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan