Semak Kaki Scammer Secara Online | Scammer semakin berleluasa di negara kita, dengan cara ini mereka kaki scammer untuk mengaut keuntungan yang besar dari tipu daya mereka. Kaki scammer tidak kenal halal haram dan mereka ada di mana-mana platform seperti facebook, twitter, instagram, mudah dan lain-lain. Jadi berhati-hatilah dengan mereka yang suka scam orang ini.
Artikal berkaitan :
SEMAK Bil Elektrik Secara Online
Portal khas PDRM itu dibuat bertujuan untuk membantu orang ramai daripada menjadi mangsa penipuan pihak tidak bertanggungjawab. Menerusi portal ini, orang ramai boleh membuat semakan sama ada akaun bank atau nombor telefon itu pernah dilaporkan terbabit dalam penipuan atau sebaliknya.
Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.
Cara Semak Scammer Online
1-Klik sini http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/
2-Anda boleh semak melalui 2 cara iaitu, dengan memasukkan no akaun bank atau no telefon yang anda nak semak.
3-Klik butang semak maklumat sebelum apa-apa maklumat dipaparkan.
Jika peniaga ada memaparkan nama perniagaan atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat, anda boleh menyemaknya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Anda boleh membaca cara-cara menyemak senarai peniaga berdaftar dengan SSM disini. Cara menyemak peniaga berdaftar SSM. Jangan membuat bayaran kepada akaun bank yang mempunyai nama yang berbeza sepertimana yang di iklankan oleh penjual. Jika nama syarikat yang dipaparkan sebagai "ABC Enterprise", nama akaun bank juga perlulah sebagai "ABC Enterprise".
Berhati-hatilah ketika membuat belian secara online.
Jadi jagalah dan selalu berwaspada dengan ancaman scammer ini. Semoga bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan