Semak Baki Pinjaman PTPTN secara Online dan SMS dengan Mudah | PTPTN siapa tidak kenal ya? apatah lagi yang pernah atau sambung belajar dekat Universiti Awam, Politeknik, Kolej swasta dan tempat pengajian tinggi yang lain. Nak belajar yuran mahal, Jadi PTPTN menawarkan pinjaman kepada pelajar untuk membayar yuran pengajian. Tahukah anda apa itu PTPTN? PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia yang menawarkan pinjaman pendidikan kepada bakal pelajar.
Baca Juga : Buat Link Whatsapp Direct dengan Mudah
Berikut ini adalah langkah-langkah dalam membuat semakan baki PTPTN secara online :-
- Layari Laman Web PTPTN, sila klik www.ptptn.gov.my
- Klik Ikon Penyata Pinjaman – epay.ptptn.gov.my/penyata
- Klik Link PENYATA KIRA-KIRA PINJAMAN KONVENSIONAL
- Masukkan No Kad Pengenalan dan No Pinjaman PTTN anda
- Semak
Semak Baki PTPTN Melalui SMS
- Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
- Hantarkan SMS ke 15888
Seterusnya, untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN.
* Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.
Semoga berjaya. Ingat Ilmu yang kita belajar haruslah diguna dengan baik, ilmu yang baik akan jadi baik dan setiap pinjaman pendidikan haruslah dibayar kerana ilmu itu akan jadi berkat. Selamat beramal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan