Peniaga Tipu pelancong jual barang tiruan MotoGP | Masih banyak peniaga mahu kaut untung besar di dalam satu-satu event besar seperti MotoGP ini. Carilah rezeki yang halal dan cara yang halal.
KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membongkar aktiviti menjual penjualan barangan berjenama disyaki tiruan sempena Grand Prix Motosikal Shell Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hujung minggu ini.
Serbuan itu dijalankan kira-kira jam 2 petang, semalam di sekitar Bukit Bintang, di sini, hasil maklumat dan risikan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Low Swee Hon, berkata serbuan membabitkan seramai 31 pegawai dan anggota termasuk daripada KPDNHEP Putrajaya.
Menurutnya, sebanyak 14 buah premis telah dikesan menjual barangan seperti baju-T, topi, jam tangan, beg galas, dompet, cermin mata dan tali pinggang disyaki tiruan.
"Antara jenama popular yang disalahgunakan dan dikaitkan dengan perlumbaan itu adalah VR46, The Doctor dan Red Bull.
"Terdapat juga jenama lain yang dikesan diciplak iaitu Nike, Adidas, Puma, Prada, Chanel, Yves Saint Laurent, Beats, Samsung, Casio, Michael Kors, Tommy Hilfiger, Burberry dan Daniel Wellington.
“Jumlah sitaan adalah sebanyak 3,530 unit dianggar bernilai RM63,500," katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi penjualan yang dijalankan premis milik warga asing ini adalah menjual barangan tersebut secara runcit dengan harga berlipat ganda terhadap pelancong asing dengan mengambil kesempatan sempena MotoGP yang akan berlangsung minggu ini.
Katanya, pihaknya juga percaya barangan ini dibawa masuk dari negara luar untuk pasaran Lembah Klang.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan