Isnin, 8 Oktober 2018

Seorang Ustaz Yang Tidak Pernah Meminati UFC Tiba Tiba Jadi Minat Kerana Yang Menang Itu Islam

UFC : KHABIB DIRASUK, McGREGOR LUNYAI | Bila Seorang Ustaz Yang Tidak Pernah Meminati UFC Tiba Tiba Jadi Minat. Ini Apa Yang Ustaz Ahmad Dusuki Ulas Tentang Khabib Yang Seperti Dirasuk

Seorang Ustaz Yang Tidak Pernah Meminati UFC Tiba Tiba Jadi Minat Kerana Yang Menang Itu Islam | Saya bukanlah peminat setia gusti dan tinju ini, tapi dalam bab ini terminat pula untuk ikuti, saya c n p skit tulisan ini agar kita sama dapat memahami, kenapa saya turut berminat kali ini..hihihi.

Sebelum ni follow-follow mcmtu ja match antara McGregor vs Mayweather. Aku bukanlah die hard fans UFC ni sangat jika nak dibandingkan dengan WWE Smackdown/RAW. Tapi game harini antara McGregor vs Khabib menarik minat aku utk terjemahkan dlm bentuk tulisan. Walaupun sebelum ini tak pernah kenal pun siapa itu Khabib.
PRE-MATCH :-
Game ni mula panas apabila McGregor seperti biasa melakukan provokasi terhadap lawan ketika pra-pertandingan. Tapi kalini, provokasi terhadap Khabib amat psikotik. McGregor menghina Islam iaitu agama Khabib, menghina mak bapak Khabib, hina kaum Khabib, memaki hamun Khabib, minum arak Whiskey depan Khabib. Namun, Khabib sentiasa tenang melayan segala provokasi McGregor. Khabib berkata, “Saya tak tahu apa maksud dia melakukan provokasi sedemikian, arak whiskey takkan buat dia jadi kuat pun”.
Khabib ni seorang devout Sunni Muslim (Muslim Sunni yang berpegang teguh pada ajaran agama). Walaupun beliau warganegara Rusia, tapi beliau tidak minum Arak. Suatu perkara yang luar biasa bagi penduduk negara sejuk berkenaan. Bahkan, badan beliau tidak mempunyai secalit tatu pun. Mukanya bersih tak nampak bengis, berjambang kemas.
Khabib berasal dari Daghestan Russia sebuah wilayah Islam bermazhab Syafie yang kuat berpegang kepada Tarekat Tasawwuf. Sewaktu kecil, Khabib berlatih bergusti dengan beruang perang iaitu haiwan ikonik Rusia. Khabib boleh bertutur dalam 5 bahasa iaitu Daghestan, Russia, Arab, Turki dan English. Khabib terkenal dengan gayanya yang memakai Papakha iaitu songkok besar berbulu yang merupakan tradisi kaum Avar-Daghestani.
-Khabib “The Eagle” Nurmagomedov atau nama Arabnya Habib Nur Muhammad, warganegara Rusia, berusia 30 tahun, berketinggian 1.78m dan 70.3kg berat. Rekod 26 kali menang, tanpa seri dan tanpa kalah.
-Conor McGregor “Mystic Mac”, warganegara Ireland, berusia 30 tahun, berketinggian 1.75m dan 70.1kg berat. Rekod 21 kali menang, 3 kali seri dan tanpa kalah.
ROUND 1 :-
McGregor dilihat lebih dominan dan yakin menguasai gelanggang pada awal pusingan pertama dengan sorakan majoriti penyokong yang berpihak kepadanya. Satu dua pukulan telah sampai kepada Khabib. Tidak lama setelah itu, Khabib terus menjunamkan badannya lalu menyerang kaki McGregor seperti bergomoi dengan beruang.
McGregor seolah-olah panik dan berusaha untuk melepaskan diri setelah Khabib dilihat seperti mahu mengetatkan kuncinya pada kaki McGregor. Namun, McGregor akhirnya hilang keseimbangan lalu membolehkan Khabib mengunci dengan lebih ketat sehingga melemaskan McGregor yang mula menampakkan keletihan. Khabib mengunci McGregor sehingga tamat Round 1.
ROUND 2 :-
McGregor memulakan match dengan beberapa misskick dan agak terhuyung-hayang umpama lilin yang bakal padam. Lalu, Khabib terus memberikan penumbuk tepat ke arah muka McGregor sehingga dia terduduk. Khabib seterusnya melakukan flying kick tepat ke badan McGregor.
Khabib terus mengejar McGregor ke dinding gelanggang lalu mengangkat dan menghempasnya ke lantai. Khabib kemudian terus mengunci kaki McGregor lalu melemaskannya. Khabib mendapat posisi yang amat selesa. McGregor terbaring dan terkunci dibawah lutut Khabib. Maka Khabib mengambil peluang melepaskan tumbukan bertubi-tubi tepat ke muka McGregor.
McGregor cemas di dada, lemah tak bermaya. Sekujur badan McGregor rebah bersemadi sendiri, mengharap belas kasihan Khabib dan referee, apa mungkin bunyi loceng dikirim. Terbaring sempit seluas gelanggang, pukulan terus diberikan. Sesal dan insaf tak berguna lagi. Hancurlah muka dibelasah Khabib.
Walaupun telah dipukul teruk seperti seorang pondan yang tidak lagi mempunyai harapan untuk hidup, namun McGregor diselamatkan dengan bunyi loceng. Mereka dipisahkan sementara sebelum masuk ke pusingan ketiga. McGregor masih lagi menunjukkan riak wajahnya yang ego.
ROUND 3 :-
Pusingan ini agak balance kerana McGregor sudah tahu taktik Khabib yang suka membuat kunci padanya. McGregor mulakan dengan beberapa pukulan lemah tepat ke muka Khabib. Khabib berusaha merapati McGregor untuk melakukan kunci. Namun, McGregor berjaya mengelakkan diri. Tak banyak yang berlaku pada pusingan ini, hanya beberapa misspunch dan pukulan lemah kepada lawan masing-masing. Selebihnya, mereka banyak meloncat-loncat mencari rentak. Namun, Khabib sempat menampar muka McGregor sebelum berjaya melakukan kunci yang kurang kemas. Tidak lama setelah itu, loceng dibunyikan bagi menamatkan pusingan ketiga dan McGregor terselamat kali ini.
ROUND 4 :-
Seperti biasa, McGregor yang akan mula melancarkan serangan. Beberapa tumbukan dan tendangan lemah diberikan kepada Khabib. Khabib cuba membalas namun beliau sering melakukan misskick dan misspunch. Setelah beberapa kali perkara ini terjadi, Khabib mengambil ketenangan sebentar sebelum melakukan “spear” ke badan McGregor hingga tersadai ke dinding gelanggang. Khabib kemudiannya menjatuhkan McGregor lalu McGregor cuba merangkak lari bagai tikus mondok dikejar kucing hutan.
McGregor cuba melawan untuk meloloskan diri, namun ianya membuatkan cengkaman kunci Khabib semakin ketat dan kukuh. McGregor lemas, lemah, lelah dan letih tak bertenaga. Setelah dipukul dipalu sehari-hari, barulah McGregor sedarkan diri. Hidup di dunia tiada bererti. Akhirat di sana amatlah rugi.
Akhirnya, McGregor menepuk lengan Khabib bagi mengisyaratkan dia menyerah kalah. Referee menamatkan perlawanan serta-merta. Barulah Khabib melepaskan McGregor yang terduduk berlumuran darah di muka. Khabib masih lagi bersih mukanya tanpa titisan darah yang keluar.
POST-MATCH :-
Setelah Khabib menang, team members McGregor tak berpuas hati lalu melakukan provokasi kepada Khabib yang masih dalam gelanggang. Tidak semena-mena, Khabib memanjat dan melompat dari dinding gelanggang untuk melakukan flyingkick kepada orang itu. Namun tersasar. Pegawai keselamatan pertandingan serta merta pergi ke bawah bagi memisahkan Khabib dan orang itu dari tercetusnya adegan pukul-memukul.
Sedang itu berlaku dibawah, penyokong Khabib dibawah pula memanjat dinding gelanggang lalu masuk ke dalam. Beberapa orang penyokong Khabib mengerumuni McGregor lalu melepaskan beberapa pukulan tepat ke kepala McGregor yang angkuh, bongkak, riak, takbur, firaun, tersebut. Namun, sekali lagi pegawai keselamatan pertandingan berjaya meleraikan adegan ini.
Walaupun, Khabib menang, mulut beliau tak lekang menyebut “Alhamdulillah” ketika press conference. Khabib sememangnya seorang yang merendah diri. Suatu kejadian yang menakjubkan untuk difikirkan oleh para penggemar Oktoberfest betapa umat Islam bencikan Arak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan