Berita Terkini Menarik Dan Bermanfaat

Resepi Pavlova Yang Lazat

Resepi Pavlova Yang Lazat | Kali ni nak kongsi resepi pula, resepinya Resepi Pavlova sememangnya lazat, tak caya? cuba buat dan rasa, ingat buat tu ikut resepi yang di bagi dekat bawah ni, kalau sedap jangan lupa kongsi dan share.

Resepi Pavlova

Cara buat Pavlova ni banyak kaedahnya, kalau tak jadi janganlah kita cepat berputus asa, insyaAllah akhirnya akan jadi.

Bahan-bahan  Resepi Pavlova

Resepi Pavlova Yang Lazat

Meringue

  • 4 biji telur putih
  • 200 g gula castor
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh esen vanilla

Topping

  • 2 cawan whipped cream
  • 4 sudu makan susu kambing (Jenama Lazz)
  • Strawberry
  • Blueberry

Cara Membuat

  • Langkah 1
    Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan esen vanilla semasa memukul telur.
  •  Langkah 2
    Apabila sudah kembang “fluffy” gitu, masukkan tepung jagung dan cuka kemudian kacau sebati. (meringue)
  •  Langkah 3
    Letakkan meringue tadi ke atas kertas minyak dan bentukkan seperti kek. Bakar dengan suhu 120°C selama 2 jam. (Pastikan panaskan oven terlebih dahulu)
  •  Langkah 4
    Campurkan whipped cream dan susu kambing kemudian pukul sehingga kembang.
  •  Langkah 5
    Sapu krim topping di atas kek pavlova yang sudah dimasak dan taburkan buah strawberry dan blueberry.
  •  Langkah 6
    Sejukkan dan sedia dihidang.
Resepi Pavlova Yang Lazat


Yang penting bila pavlova yang kamu tengah masak dalam oven jangan pula asyik mengintai buka tutup pula… Kompem rosak laa pavlova enak kamu tu.. So biar la dia bersendirian dengan aman ok.. Kompen jadi dan sedap.

jangan lupa like dan share Resepi Pavlova lova lova ini ya...

Catat Ulasan

0 Ulasan