Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Xiaomi Mi A2 Detail dan Harga - Akan Release 3/08/2018

Xiaomi Mi A2 Detail dan Harga - Akan Release 3/08/2018  | Xiaomi tidak akan berundur ke belakang, malah mereka maju dan semakin ke depan untuk bersiang dengan pengeluar utama telefon di Malaysia. Xiaomi yang baharu diperkenalkan di Madrid minggu lalu akan masuk ke pasaran Malaysia seawal 3 Ogos ini dengan dua model ditawarkan; 4GB/64GB pada harga RM999 dan 6GB/128GB pada harga RM1,199. Wahhh penggila gadget akan pasti tidak akan melepaskan peluang ini.

lagi menariknya adalah model Mi A2 ini akan hadir dengan operasi Android One (Pure Android 8.1) serta beberapa lagi features yang hebat antaranya dual camera 12MP + 20MP serta kamera depan 20MP. Ianya juga dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 660 soC. memang terbaiklah dalam kelasnya tersendiri. Kira harga dan spec tinggi yang mampu milik oleh rakyat Malaysia.

Yang bagusnya dia didatangkan pengecas berasaskan USB-C, tak macam telefon-telefon yang sebelum ini, turut hadir dengan sokongan pencahayaan lembut untuk swafoto dan bateri berkapasiti 3,000mAh.Ermmm not bad lah.. ok kan.

Rekaannya juga yang nipis sememangnya sedap untuk dipegang. Malangnya, disebabkan mahu menjadi antara yang ternipis, tiada lagi lubang jack untuk earphone anda. Jadi anda faham-faham sendirilah.

Xiaomi Mi A2 memang terbaik dan berada pada kelasnya tersendiri. Kalau nak buat hadiah pada isteri, anak-anak yang berjaya dalam peperiksaan memang bagus dan terbaik,harganya mampu milik. Apa tunggu lagi.Jom beli Xiaomi Mi A2. Peace!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan