Ahad, 23 Ogos 2020

Adsense blog masih relevan ke main dekat Facebook?

Adsense blog masih relevan ke main dekat Facebook?  | Hari ni aku nak sembang pasal google adsense. Adakah adsense masih relevan untuk run untuk dapatkan trafik dari media sosial terutama dari facebook? Sebelum 2015/2016 ramai blogger di Malaysia tambah pendapatan google adsense dari trafik facebook.  Aku akui ramai pakar adsense trafik dari facebook pada waktu 2012-2015..



Pemilik akaun facebook atau fanpage di Malaysia memang padu. Ada yang sampai jutaan like dan followers.  Sekali buat posting reach atau trafik sampai puluhan ribu dan ratus ribu. Dengan adanya iklan adsense setakat nak dapat trafik 50k view ke atas adsense akan cecah USD10-100 sehari. 

Hakikatnya bila pihak facebook mat juki buat role baru perkenalkan instant article pemain blog google adsense mulai jatuh dari segi klik, trafik dan sebagainya. 

Disebabkan teknologi dan sistem  facebook yang lebihkan produk sendiri seperti instant article pemain blog adsense banyak beralih kepada blog instant article. 

Hakikatnya blogger di Malaysia ramai juga yang tidak mengerti ilmu atau cara main blog seo,  tetapi di Malaysia terdapat beberapa orang pakar dalam bidang seo blog ini yang mencecah pendapatan melebihi USD1000-3000 sebulan. Ada yang lagi lebih.  Sebab aku ada member pernah dapat blog seo usd3000-6000 sebulan. Blog rahsia.. Hahaha

Nanti lain waktu aku akan kongsikan pengalaman aku main seo blog dan trafik dari facebook. 

Jangan lupa follow ya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan