Ahad, 9 Ogos 2020

Apa lebih Dan Kurangnya Benelli Leoncino 250, Jom Baca...

Apa lebih Dan Kurangnya Benelli Leoncino 250, Jom  Baca... | Hari ni aku nak cerita sikit padal benelli leoncino 250 adik pada leoncino 500. Aku cuma nak kongsikan apa pendapat aku tentang motor ni kerana aku telah menggunakan leoncino 250 hampir 4 bulan. 


Kelebihan yang ada pada motor leoncino 250 ni selalu geng motor panggil baby leon ialah ia ada indentiti tersendiri. Tak perlu nak modi sana sini hanya tambah aksesori sikit dah nampak gempak dan menarik.  Kalau tak tambah pun sufah cantik.  Motor ni sesuai untuk ride santai, bawa pergi kerja dan selesa bila lalui celah-celah kereta ketika jem.  Boleh dikatakan hampir selesa dengan KTM duke 200/250/390 . Baby leon ni pun jimat minyak. Dengan harga minyak sekarang murah aku boleh isi RM12-14 full tank boleh pergi 250-350 tengok pada pemanduan dan berat badan rider.  Design tak payah cita nampak macam cafe racer tapi tak sepenuhnya kalau pandai modi sikit-sikit akan nampak lain, ganas,  menarik dan menarik.  Dengan lampu depan dengan body yang kecil simple sahaja.  Walau satu silinder tapi bunyi padu. Produk benelli dari segi engine dan ekzos aku puji,  dua silinder dah bunyi macam tiga silinder.  Harga dekat Malaysia pun jenama benelli bukan mahal sangat malah sudah mendapat tempat di hati rider-rider Malaysia. Dari part aku tak nak cakap sesuai dengan harga. 

Kelemahan paling ketara dan kecewakan aku adalah time speed 120-140kmh gegaran memang kuat. Rs150 tak da nak gegar macam ni. Ini paling ketara gila,  harap pihak benelli tolong ambil berat pasal gegaran ini.. Nak bawa kelajuan itu terpaksa batalkan niat sebab gegar kuat. 

Dari segi stiker kalau spray clear nampak lagi kemas dan tidak mudah tercabut. 

Meter digital kalau boleh buat fully infomation lagi terbaik macam SYM 185.

Jangan kencam aku,  ni pendapat alu sahaja,  nak buat video rider dengan baby leon pun terbatut kerana kuat gegarannya. 

Semoga bermanfaat. 


1 ulasan:

  1. assalamualaikum bang...dan salam satu malaysia. Bang boleh tak share dari segi maintenance moto dan sparepart sama ada ianya mahal ataupun susah dicari sbb saya nak hilangkan rasa was was di hati ingin meminang baby leon

    BalasPadam