Khamis, 22 Oktober 2020

Resepi - SAMBAL TUMIS SOTONG SEDAP

Resepi - SAMBAL TUMIS SOTONG SEDAP | Musim berganti musim ni banyak kerja kat rumah, pkp musim covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia. Teringin tekak ni nak masak sotong, sotong celup tepung dah, sotong masak kicap dah, sotong masak sambal petai dah, yang belum lagi sotong sambal tumis yang nyum-nyum sedap dimakan bersama keluarga. Tak nak cakap banyak jom kita masak sambal tumis sotong.



Okey, Jom layan resepi sempoi & sedap ni 👇👇
RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG SEDAP
Bahan bahan:
5 ekor sotong - saiz sedang
2 sdb cili kering (dah blend)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
air asam jawa
1 ulas bawang besar - hiris bulat
Garam
Gula
Cara cara:
- Tumbuk bawang putih dan bawang besar.
- Tumis cili dan bawang tumbuk dengan api perlahan sampai cili betul betul garing.
- Masukkan gula dan kacau lagi hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan sotong yang dah ditos. Gaul rata, kemudian masukkan air asam jawa dan masak lagi sampai air sotong kering.
- Masukkan bawang besar dan tutup api bila bawang dah layu dan sambal dah elok kering.
- Kemudian perasakan dengan garam.
Tadaaa, siap. Sedia untuk dihidangkan.
** Tips Cik No kan, kalau nak masak sambal sotong, sambal ni kena masak kering dulu. Lepas tu, baru masukkan sotong yang korang dah tos kan. Ni bagi yang tak nak sambal berkuah laa.
Okey, Cik No ucapkan selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan