Kenapa Covid-19 Kembali Merebak di Malaysia, Ini Jawapannya | Aku memang geram, nak tahu kenapa? Covid-19 kembali merebak di Malaysia, dari angka satu sekarang menjadi tiga angka dalam beberapa hari sahaja. Malah terdapat banyak kluster baharu sekarang ini. Korang nak tahu kenapa covid-19 semakin menular? Benda simple sahaja sebenarnya. Ini punca yang paling aku geram.
Punca utama, ini hanya pendapat aku sahaja tidak ada kena mengena yang hidup mahupun sudah meninggal dunia. Perkara penularan ini berlaku balik secara mendadak kerana sikap pentingkan diri, tidak #kitajagakita langsung. Sikap ambil mudah dan pentingkan diri inilah akan rugikan diri keluarga malah masyarakat setempat apatah lagi negara.
Punca kedua adalah tidak ada rasa tanggungjawab, apa itu tanggunhjawap musim covid-19? Selalulah tengok berita followlah apa kememterian kesihatan tegur,kongsi dan nasihat. Jika rakyat ikut SOP apa yang kementerian kesihatan war-warkan insyaAllah Malaysia, keluarga kita selamat.
Punca ketiga adalah sikap lewa, jangan ambil mudah dan pandang remeh, mungkin anda sihat tapi anda tidak sedar anda adalah pembawa virus ini. Virus covid-19 mudah terjangkit pada kanak-kanak dan warga emas, kenapa? Sebab kanak-kanak baru nak belajar strong, imuniti badan dan antibody badan baru belajar untuk firewall, safety badan sendiri, untuk warga emas pula meraka terdedak kepada penyakit lain, seperti astma,paru-paru sakit tb dan lain-lain. Apatah lagi antibody warga emas semakin lemah. Jangan pandang mudah.
Kesimpulannya, kita jaga kita, kita jaga masyarakat, kita jaga negara kita. Sama- sama kita jaga dari keluarga negara dengan ancaman covid-19 yang merebak kembali.
Bagi orang islam, banyakkan bersolat, dengan berwuduk kita akan sentiasa cuci diri secara kita tidak sedar, benda ini berlaku.. Ayuh jangan tinggal solat.
Share dan selamatkan diri keluarga serta negara kita, #sayangimalaysia #kitajagakita #janganleka #kitausahakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan