Khamis, 29 Oktober 2020

Cara Semak Saman Dengan Rilek selain MyEG

Cara Semak Saman Dengan Rilek selain MyEG Semak Saman Dengan Rilek atau dengan aplikasi rilek dengan mudah dan selamat selain MyEG. Anda boleh terus bayar disini. Senangkan.

Tahukah anda Rilek dikendalikan oleh badan apa? Kami kongsikan sikit latar belakang Rilek ini. Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (KOMMS) ialah sebauh syarikat konsesi untuk Aplikasi Utama Kerajaan Elektronik Malaysia dari Koridor Raya Multimedia (MSC). 

Perjanjian ini telah membuka jalan untuk pelaksanaan “Aplikasi Layanan Awam Dalam Talian” di seluruh negara yang dirancang untuk memberikan akses mudah kepada orang ramai ketika bertransaksi dengan Jabatan / Agensi Kerajaan. Objektif utama KOMMS bagi meningkatkan kemudahan, aksesibilitas, kualiti interaksi antara Kerajaan dengan warganegara, perniagaannya, meningkatkan kepantasan dan kualiti pengembangan, koordinasi serta penguatkuasaan dasar. Terjadi salah satu service yang disediakan adalah RILEK

Jadi selain MyEG anda juga boleh menyemak saman dan bayar saman di portal RILEK ini juga. Salah satu portal selain MyEG yang mudahkan pengguna untuk semak saman secara online ialah portal RILEK ini.

RILEK selalu juga memberi potongan harga kepada yang ingin membayar sama bergantung pada syarat semasa. Yang terbaru mereka telah menyediakan potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui portal RILEK ini.

Cara Semak Saman Dengan Rilek selain MyEG

Cara Buat Semakan Saman RILEK 

Pengguna boleh membuat semakan status insolvensi dan saman DBKL di RILEK. Cara-caranya ialah :

  1. Sila Layari portal RILEK di https://www.rilek.com.my/
  2. Membuat pendaftaran sebagai pengguna
  3. Selepas itu login menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
  4. Kemudian anda perlu klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
  5. Selepas itu sila isikan maklumat yang diminta dan klik butang Semak

RILEK juga menyediakan pembayaran secara atas talian melalui perbankan Internet seperti M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

Admin berharap artikal Semak Saman dengan aplikasi rilek ini lagi menyenangkan dan memudahkan kerja anda seharian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan