Kenapa Kita Perlu Hindar dari JangkitaN Covid-19 ini, Ini Jawapannya | Covid 19 menular kali kedua di Malaysia, kali ini lebih daksyat lagi.. Bermula di Sabah kerana ada Politik punya pasal, terus covid 19 semakin menular termasuk di negeri Kedah.
Kenapa Covid 19 Menular kembali daksyat di Malaysia? Ini jawapannya kerana kepentingan individu itu sendiri, kerana ego, kerana sombong kerana harta dan pangkat. Selain itu, sikap sesetengah individu yang tidak mengikut SOP. Ini yang jadi masalah besar.
Kita sebagai umat islam digalakkan untuk menghindar dari penularan wabak atau virus ini, antaranya jangan kita memasuki kawasan yang ada wabak atau virus ini, kedua jika kita berada dalam kawasan ada wabak kita jangan keluar dari kawasan itu dikhuatiri kita membawa wabak itu keluar dari zon atau kawasan wabak yang membahaya itu.
Apa patut kita buat? Sebagai hamba Allah s.w.t dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu jaga kita dahulu, jaga diri dahulu, baru ikuti keluarga selepas itu masyarakat, caranya kita perlu patuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Kedua kerat basuh tangan atau mandi, ketiga jauhi tempat yang ramai dan banyak lagi.
Kita sebagai umat islam sepatutnya patuh dengar arahan yang diberi, berdoa dan banyakkan berzikir.
Semoga kita sama-sama membasmi atau menghindari penyakit covid19 ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan