Khamis, 5 November 2020

Salam Takziah - Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia

 Salam Takziah - Madu anak Zahid Hamidi meninggal dunia | Kita dikhabarkan dengar berita kematian Anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid hari ini mengucapkan takziahatas pemergian Bahazanaria Baharudin yang meninggal dunia hari ini akibat penyakit barah. Al-fatihah


Bismilillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum. Saya, Nurul Hidayah AhmadZahid bersama suami Dato Saiful Nizam Mohd Yusoff mewakili seluruh keluargakakak Madu, Datin Bahazanaria, telah pulang ke Rahmatullah.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan mohon ampunkan segala salah silapnyasepanjang kehidupannya.

"Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya, dan semoga kakak saya ditempatkandalam kalangan para solehin," katanya dalam satu hantaran Instagram pagi tadi.

Allahyarham Bahazanaria yang digelarnya Nurul Hidayah sebagai Kak Nana berusia50 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.16 pagi pagi ini diHospital KPJ Damansara, setelah bertarung penyakit barah tahap empat sejakOgos lalu.

Sementara itu, Nurul dalam satu hantaran Instagram yang asing mohon maafkerana merahsiakan kesihatan Kak Nana.

"Saya mohon maaf kerana terpaksa merahsiakan sakit kakak. Kakak sebenarnyamenghidap barah tahap empat sekitar Ogos selepas Hari Raya Haji.

"Doktor telah sahkan barah yang kakak hidapi pada tahun 2015 kembali lagi danmenyerang paru-paru, hati dan tulang. Kami keluar masuk hospital sejak Ogos.Kakak sangat kuat.

"Saya akan rindu kakak. Sumber kekuatan saya sebagai isteri kedua. Semangatsaya. Kakak datang meminang dan minta saya dari abah dan mak kerana dia mahusaya berkahwin dengan suaminya dan membantu dia mengurus perihal rumah tangga.

"Kak, Nurul sayang akak. Siapa yang nak pujuk Nurul bila Sepul (Saiful) marahNurul? Allahuakbar. Tiga tahun yang indah buat saya menjadi adik kepada kakakmadu yang ikhlas dan penyayang. Nurul akan jaga amanah akak. Jaga anak-anakakak dan bantu Sepul dalam menguruskan rumahtangga," katanya.

I miss you already (Saya sudah mula rindui kamu). Everything seems soempty. (Semuanya terasa kosong sekarang) Terima kasih Allah pinjamkan kakakdan izinkan saya merasa nikmat manisnya madu," tambahnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan