Semak Bil Astro Anda Melalui SMS dan Online dengan Mudah dan Berkesan | Astro siapa tidak kenal, syarikat penyiaran terbesar dan berpergaruh di Malaysia, tiada astro tiada cerita di rumah anda. Dengan adanya astro anda boleh layan pelbagai channel atau movie menarik setiap hari anda. Astro ibarat nyawa penyatuan keluarga. Apa tidaknya bila adanya siaran ini anda boleh nikmati pelbagai drama, movie, kartun, live sukan dan sebagainya dengan keluarga anda.
Apabila anda terlupa untuk bayar bil astro anda, siaran astro anda akan dipotong, bila buat penyambungan balik akan ada caj-caj penyambungan. Jadi untuk mengelak dari siaran astro anda dipotong dan dikenakan caj penyambungan anda boleh ikuti cara di bawah ini, anda tidak perlu sakit atau pening keala lagi kerana cara ini amat mudah dan berkesan untuk anda lakukan.
Semakan boleh dibuat dengan menggunakan hujung jari sahaja, mudahkan?? Langkah-langkah untuk semak bil Astro adalah seperti berikut :
Cara Semak Bil Astro Secara SMS dan Online
1- Semak Secara SMS :
a) Semakan secara SMS dengan menggunakan no akaun Astro anda
ASTRO (jarak) BAL (jarak) AC (jarak) AC NO dan hantarkan ke 33310
Contoh : ASTRO BAL AC 870102035556
b) Semakan secara SMS dengan menggunakan no IC pemilik akaun astro tersebut
ASTRO (jarak) BAL (jarak) AC (jarak) IC NO dan hantarkan ke 33310
Contoh : ASTRO BAL AC 921806806112
2- Semak Secara Online : Anda perlu mendaftar di laman web rasmi Astro iaitu https://www.astro.com.my/ atau KLIK SINI.
artikel berkaitana :Cara Check Blacklist Telco
artikel berkaitana :Cara Check Blacklist Telco
*Pilihan paparan bil akan diberikan kepada anda sama ada anda boleh menyemak terus ke laman web Astro ataupun paparan bil dalam bentuk PDF menerusi email anda.
Tiada alasan lagi untuk anda cakap sibuk dan tidak ada masa untuk semak bil astro, sangat mudah dengan hanya perlu semak melalui dua cara iaitu sms atau online, pilihan di tangan anda. Selamat membayar bil astro.
Sekiranya bermanfaat silakan share atau komen ya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan