Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Baru, Ini Fakta Menarik Tentang ‘Apai’ Sarawak

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Yang Baru, Ini Fakta Menarik Tentang ‘Apai’ Sarawak | Orang sarawak pasti bangga dengan perlantikan PAT terbaru Malaysia amnya, umumnya Rakayat Malaysia sendiri. Tahniah kepada Jeneral PAT baru Malaysia.
DNA Openg: Anak Sarawak Pertama Menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia
Anak jati dari Kampung Lintang, Kuching ini pada asalnya merupakan penuntut di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching.
Untuk makluman anda, Panglima Angkatan Tentera (PAT) merupakan ketua dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang merangkumi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Darat Malaysia.
Pelantikan Jeneral Tan Sri Affendi Buang sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 2 Januari 2020 menyaksikan beliau sebagai Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kedua dilantik selepas Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Jeneral Tan Sri Affendi Buang merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke 21 menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkipli Zainal Abidin.
Walau pun nama beliau kurang dikenali, namun profil Jeneral Tan Sri Affendi Buang ini boleh kami katakan sebagai ‘bukan kaleng-kaleng’. Di sini kami sediakan beberapa fakta menarik tentang Panglima baru kita ini.


1. Dikenali Dengan Gelaran ‘Apai’
Jeneral Tan Sri Affendi Buang dikenali dengan gelaran ‘Apai’ semasa perkhidmatan nya dalam TUDM. Gelaran tersebut diberikan kepada beliau kerana kecekapannya sebagai juruterbang jet pejuang. Beliau juga merupakan pengasas kumpulan tactical aerobaetics RMAF MiG-29, Smokey Bandits.
Di Sarawak, ‘Apai’ merupakan gelaran yang diberikan kepada pahlawan Iban, Rentap kerana mempertahankan kubunya di Bukit Sadok, Betong daripada serangan Rajah Putih sekitar 160 tahun yang lalu. ‘Apai’ juga membawa maksud bapa atau orang tua yang dihormati dan disegani dalam kalangan orang sekeliling.
2. Anak Sarawak Pertama Jadi Panglima TUDM
Sepanjang kariernya, beliau pernah menjadi Staff Officer 1 Fighter Operations (menjaga kompetensi dan kesediaan pasukan udara TUDM) pada 2002. Kemudian, dilantik ke pangkat brigadier jeneral pada tahun 2009 dan seterusnya leftenan jeneral pada tahun 2014.
Pada usia 54 tahun, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menjadi anak Sarawak pertama yang dilantik menjadi Panglima TUDM pada tahun 2016. Luar biasa!
3. Bekas Penuntut Maktab Tentera Diraja (Royal Military School), Sungai Besi
Anak jati dari Kampung Lintang, Kuching ini pada asalnya merupakan penuntut di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching. Setelah lulus dengan cemerlang dalam Cambridge Lower School Certificate pada tahun 1977, beliau terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja (RMC), Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Walau pun pada asalnya beliau berhasrat untuk menjadi seorang ahli akademik, impian tersebut bertukar apabila beliau dihantar menjalani latihan asas penerbangan di pangkalan udara TUDM, Alor Star, Kedah. Pada ketika itu, beliau sedang melanjutkan pengajian Tingkatan Enam bawah aliran sains. Perggh!
4. Jadi Instruktor Juruterbang Skyhawk Seawal Usia 26 Tahun
Selepas berjaya bergelar pegawai pada tahun 1982, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah ditempatkan di No. 3 Flying Training Centre di pangkalan udara TUDM Kuantan, Pahang. Kerjaya beliau sebagai juruterbang jet pejuang mula memuncak apabila beliau mengendalikan ‘operational conversion’ pada jet McDonnell Doughlas A-4 Skyhawk.
Atas kepakaran dan kecekapan yang dimiliki, beliau kemudiannya dilantik menjadi instruktor juruterbang Skyhawk seawal usia 26 tahun.
5. Mempunyai Master Dari Deakin University, Australia
Jeneral Tan Sri Affendi Buang juga bukan sekadar cemerlang dalam perkhidmatannya dalam angkatan tentera udara tetapi juga cemerlang dari segi akademik. Kerjayanya sebagai seorang pegawai tentera tidak menghalang beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Semasa memegang jawatan sebagai brigadier jeneral, beliau sempat melanjutkan pengajian selama satu tahun di United Kingdom. Pada tahun 1997, beliau juga sempat menimba ilmu di Malaysian Armed Force Staff College dan Centre for Defence and Strategic Studies (CDSS) Australia dalam bidang Pengajian Pertahanan dan Strategik.
Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya menggengam gelaran Masters of Art (Strategic Studies) dari Deakin University, Australia. Ilmu pertahanan yang beliau ada pada hari ini juga adalah hasil pengajian di Royal College of Defence Studies (RCDS) di London.
6. Suami Kepada Paduka Kekanda YDP Agong, Al-Sultan Abdullah
Jika ada yang berkata bahawa berkahwin dengan anak raja ibarat angan Mat Jenin, tapi ia adalah sesuatu yang sebaliknya buat Jeneral Tan Sri Affendi Buang. Untuk pengetahuan anda, Jeneral Tan Sri Affendi Buang merupakan suami kepada Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Datuk Muhaini Sultan Ahmad Shah.
Tengku Puteri Seri Teja Pahang ini merupakan paduka kekanda atau pun kakak kepada Yang Di-Pertuan Agong Ke 16. Isteri beliau juga dikenali sebagai seorang yang rendah hati dan aktif sebagai aktivis sosial. Mereka seringkali pulang ke Kuching, Sarawak untuk melawat sanak saudara dan rakan-rakan.
Prinsip hidup yang sentiasa di pegang oleh Jeneral Tan Sri Affendi Buang ialah menimba ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang penting kerana ia merupakan kunci untuk meningkatkan kecekapan diri.
Tahniah sekali lagi kepada Jeneral Tan Sri Affendi Buang sebagai PAT baru yang ke 21 Malaysia, semoga anda sentiasa sihat dan segak dalam memimpin Tentera Malaysia dan tanah air tercinta.
Sumber:
Kami yakin, DNA Openg yang tertanam dalam diri kalian pasti akan membawa kepada nilai-nilai yang mantap sebagai ahli masyarakat dan pengerak kemajuan negara. Teruskan berbakti dan memajukan diri dan mengharumkan nama Openg.

Catat Ulasan

0 Ulasan