Berita Baik - Hong Leong Yamaha umum senarai harga dengan SST | Peminat tegar permotoran jenama Yamaha akan terkejut dan bersyukur kerana harga motor mereka minati sekarang sudah turun. Selari dengan pelaksanaan SST bermula 1 September, Hong Leong Yamaha Malaysia kini mengeluarkan kemaskini senarai harga terkini bagi barisan model keluaran syarikat itu. Berita baiknya, hampir semua harga bagi model-model berkenaan tidak jauh berbeza dari senarai harga terakhir tanpa GST yang dikeluarkan sebelum ini – kecuali bagi tiga model.
Ini bermakna, secara umumnya, harga bagi hampir semua motosikal Yamaha menurun kira-kira 5.66% jika dibandingkan ketika dikenakan GST dahulu. Antara model yang naik sedikit harganya ialah bagi jentera dengan kapasiti paling besar untuk pasaran Malaysia.
Yang dimaksudkan ialah Yamaha MT-09 dan MT-09 Tracer masing-masing kini lebih mahal 3.77% berbanding harga dengan GST sebelum ini. MT-09 dulu dijual pada harga RM47,141, dan dengan SST harganya menjadi RM48,920. Manakala bagi MT-09 Tracer pula, harga dahulu ialah RM51,729 kini menjadi RM53,681.
Bagi model terbaru yang dilancarkan di Malaysia, Yamaha R15, harga dengan SST-nya pula masih belum dikemaskini. Harga-harga yang dinyatakan ini bagaimanapun tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan