Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Munafik 2 Pintas Kutipan Hantu Kak Limah? Apa Hebatnya???

Munafik 2 Pintas Kutipan Hantu Kak Limah? Apa Hebatnya??? | Sebelum ini, pihak media melaporkan bahawa filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid mencatat sejarah dan rekod yang sukar ditandingi dalam industri perfileman tempatan apabila mencatat kutipan lebih RM30 juta sejak mula ditayangkan 9 Ogos lalu.



Walau bagaimanapun, rekod tersebut tidak bertahan lama. Filem ke-40 terbitan Skop Productions arahan Syamsul Yusof mencatat rekod baharu dalam sejarah perfileman negara apabila meraih RM2.05 juta pada tayangan awal atau sneak preview yang diadakan Rabu lalu.


Kutipan itu sekali gus memadamkan rekod dicatat filem Hantu Kak Limah bagi tempoh yang sama iaitu sebanyak RM650,000.



Atas permintaan yang tinggi, syarikat pempamer membuat keputusan untuk menayangkan filem Munafik 2 pada setiap 15 minit bermula seawal 10.45 pagi sehinggalah ke lewat malam bagi menampung jumlah permintaan penonton.

Munafik 2 merupakan sekuel kepada karya Munafik yang diterbitkan dua tahun lalu, membariskan pelakon seperti Syamsul, Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali, Ku Faridah, Asmawi Ani, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi dan Weni Panca.

tahniah kepada semua, support cerita melayu geng!!

Catat Ulasan

0 Ulasan