Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kejayaan Filem Hantu Kak Limah Di Rai oleh Andy Lau

Kejayaan Filem Hantu Kak Limah Di Rai oleh Andy Lau | Tahniah kepada semua terlibat, pelakon, pengarah, produksi dan lain-lain secara langsung dan tak langsung, terima kasih kepada rakyat MALAYSIA yang menyambut baik cerita HKL (Hantu Kak Limah). Thanks support.

PELAKON terkenal Hong Kong, Andy Lau membuat kejutan apabila turut hadir di Majlis Together-Gether filem Hantu Kak Limah (HKL) yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Majlis ini diadakan bagi  meraikan kejayaan HKL yang berjaya meraih kutipan RM36 juta dalam tempoh 24 hari tayangannya kepada umum bermula 9 Ogos lalu.
Andy, 57, juga merupakan salah seorang pengasas Infinitus Entertainment Group yang turut menaungi syarikat penerbitan Infinitus Gold, selaku penerbit bersama Astro Shaw bagi filem HKL.
Bintang Chasing The Dragon ini juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pengarah, Mamat Khalid dan barisan pelakon HKL yang turut hadir seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Mus May, Ropi, Jue Aziz dan lain-lain.

Majlis ini juga turut menyaksikan barisan pelakon dan tenaga produksi HKL menerima bonus sebagai tanda penghargaan kepada mereka atas kejayaan filem ini.

HKL masih lagi hangat ditayangkan di 130 buah pawagam di seluruh negara dan dijangka kutipannya bakal mencecah RM40 juta tidak lama lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan