Sabtu, 1 September 2018

Son Heung-Min Terselamat Dari Menyertai Program Ketenteraan



Son Heung-Min Terselamat Dari Menyertai Program Ketenteraan | Tiada bahasa yang dap[at digambarkan oleh pemain korea Selantan di atas kemenangan mereka dengan Jepun semalam. Apatah lagi pemain sebior meraka Son Heung-Min tersenyum lebar lega kerana terlepas dari menyertai program ketenteraan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Korea itu sendiri. Peminat tegar Tottenham Hotspur akan merasa lega kerana penyerang mereka akan kembali ke kancah liga EPL.



JAKARTA 1 Sept. - Pasukan bawah 23 tahun (B-23) Korea Selatan terpaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Jepun dalam aksi perebutan pingat emas acara bola sepak Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Pakan Sari, gol-gol Korea Selatan dijaringkan Lee Seung-Woo pada minit ke-93 dan Hwang Hee-Chan (m-101) dan jaringan tunggal Jepun diledakkan Ayase Ueda (m-115).

Kejayaan itu menyaksikan Son Heung-Min yang merupakan pemain Tottenham Hotspur terselamat daripada menyertai program ketenteraan yang diwajibkan kepada setiap warga Korea selama dua tahun.

Ini merupakan emas kelima buat pasukan bola sepak Korea Selatan di temasya tersebut sejak kali pertama memenangi pada tahun 1970, seterusnya 1978, 1996, 2014 dan 2018.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan