Aku dah dua kali beli kereta second dengan usecar dan ketiganya semua aku masih ditipu diputar pelik, hakikatnya bila aku tolong orang cari kereta second semua okay.
First kereta second aku Honda City 1.5 tahun 2003. Kereta ni aku beli mahal sikit sebab alasan harga no plat 991 dan ada sport rim. Masa aku beli tahun 2010 usecar dekat area ampang. Masa aku nak beli kereta ini dilengkapi sport rim yang cantik bukan yang asal dan tayar bunga dalam 80% lagi. Time tengok kereta aku bawa kawan dan deal punya deal setuju.. Time tu harga kereta otr 48-50k tak salah aku dan aku bayar deposit 20k. Selepas setel semua masa untuk ambil kereta aku pergi seorang diri. Time ni lah berlaku penipuan dan putar belik. Biasalah bila nak ambil kereta dekat usecar time tu lah tiba-tiba mintak dekat aku rm150 atas alasan tertentu..time ni aku naof tak tahu apa pun. Mula-mula bertikam lidah dan akhirnya aku mengalah. Yang paling sedih aku bertengkar pasal sport rim dan tayar. Bayangkan dia bagi sport rim honda yang dah calar dan tayar bunga 50% dan ada dua biji tayar depan dah makan tepi. Nak tak nak terima sahaja. Ni nasihat aku kalau berlaku macam ni jangan ambil kunci kereta dan report kepada hak pengguna.
Kereta kedua ni aku lagi sedih,kena tipu dari segi loan dan harga kereta. Dalam Mudah.my harga kereta 19k bila kau pergi tengok dekat usecar kereta sama harga dekat 30k bila tanya ada sahaja alasan mereka. Tapi harga diberi 24k lebih. Aku kena puntar belik lagi. Maklumlah terlalu jujur senang ditipu. Akhirnya aku tertewas dan kereta ini satu bebanan besar.
Moral story dia,jangan terlalu ikut perasaan dan berhati-hati dengan permainan usecar. Ingat bukan semua usecar kaki tipu harga kerana kereta second kerajaan tak control okay. Disitu mereka boleh main harga.
Aku redha dan akan lebih berhati-hati selepas ini sebenarnya lagi panjang cerita dengan prosesnya takut korang bosan nak baca. Keyword aku nak tekankan hati-hati dengan harga dan permainan usecar.
0 Ulasan