Berita Terkini Menarik Dan Bermanfaat

Harga Pengasuh Zaman Sekarang Bukan Kaleng-kaleng

Harga Pengasuh Zaman Sekarang Bukan Kaleng-kaleng | Haaa ibu bapa jangan mengeluh nanti berpeluh dahi memikirkan tentang bayaran bulanan pengasuh. Harga yang di tawarkan di kawasan bandar atau pinggir bandar di area lembah klang agak okay tidak terlalu mahal tidak terlalu murah.  Lagi-lagi pengasuh persendirian, kalau yang berdaftar harganya berbeza bergantung pada pengurusan itu sendiri.
Bagi yang suami isteri berkerja kemungkinan tiada masalah dengan bayaran tapi bagi yang bekerja seorang agak terasa,apatah lagi anak dua tiga orang. Angaran harga bagi kanak-kanak bawah setahun untuk persendirian RM400-500 pada zaman sekarang 2019, bagi kanak-kanak 1tahun ke atas dalam RM300-400, ada juga yang kita boleh nego harga kalau persendirian.

Ni hanya pendapat, jika ibu bapa mahu hantar anak kepada penjaga atau pengasuh persendirian cuba semak dahulu,adakah pengasuh ini ada sijil atau berdaftar,jika belum anda perlu berwaspada dan kemungkinan jika berlaku apa-apa nanti, bukan pengasuh itu tidak bagus,jika berlalu kelalaian atau celaka sekurangnya kita boleh defend kalau tidak berdaftar susah sikit. Lagi satu pastikan pengasuh persendirian ini tidak lebih dari 3-4 orang kanak-kanak,jika lebih anda kena sedia maklum dari segi perhatian dan ambil berat. Dan yang penting tingkah laku anak. Anda jangan sesekali memarahi atau menuduh pengasuh, kanak-kanak ketika ini suka meniru,jika ramai memang ada sahaja terlatah baik atau tidak baik yang mereka tiru. Hanya ibu bapa perlu beri perhatian lebih untuk mendidik anak jika telatah itu baik atau sebaliknya. Kalau boleh carilah pengasuh yang berumur 40 tahun ke atas kerana pengalamannya. 

Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita tentang ini kerana aku banyak pengalaman hantar anak aku dekat pengasuh persendirian, ada yang sampai sayang anak kita seperti anak mereka,ini amat bagus kerana mereka menjaga bukan semata-mata nak duit sahaja. Ada juga pengasuh disebaliknya. Dan perlu lihat juga tentang pasangan pengasuh itu,kalau terlalu muda biasalah dalam rumahtangga ada pancaroba takut terbawa emosi ketika mengasuh atau pasangan itu sendiri buat benda tak elok. Itu saya sunggest kan yang berumur 40 tahun ke atas. Ini juga berdasarkan amatan dan telitian dari wife saya yang pernah bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ini hanya perkongsian jangan kencam lebih.


Catat Ulasan

0 Ulasan