Bila Kau Kahwin Dengan Orang Luar
, Dialek Negeri Mana di Pakai | Bila kau orang kelantan kahwin dengan orang luar, maksud aku kahwin dengan orang negeri lain. Ini kisah apa terjadi dekat aku, mungkin korang di luar sana lain kisah nya.
Kali ni aku nak cerita pasal dialek seharian atau dialek dekat rumah. Member ofis aku dulu pernah cakap dalam perkahwinan akan berlaku dua budaya berbeza bersatu dan akan membentuk budaya baru. Ahh disini akan berlakukan dominasi, perebutan, akhlak, gaduh dah sebagainya dalam tak sedar.
Okay, macam family aku. Aku orang Kelatan wife aku orang Pahang, dari segi dialek family kami dan dekat rumah lebih kepada dialek melayu dan pahang, sampai anak aku semua dialek sama. Adakala aku cuba nak semaikan juga dialek kelantan tapi tak berapa berjaya.
Bukan apa,aku bukan mengalah tapi bagi muka. Cuma pada pendapat aku ada sedikit kerugian, kalau dapat kuasai seua bahasa lagi bagus,at least kalau orang ngumpat kita dalam bahasa kelantan kita tahu..hehehe
Moral story dia, cari cara yang terbaik dab hanya suami isteri masing-masing yang tahu apa yang kamu mahu dan yang terbaik untuk family kamu,jangan terlalu ikut cara orang lain dan yang penting terapkan keislaman dan akhlak yang baik.
0 Ulasan