Lima Tanda Hidup Anda Tidak Berkat, No.Tiga dan No. Empat Pasti Terkejut dan Tak Sedar | Okay kali ni saya nak cerita sikit pasal keberkatan dalam hidup kita, saya bukannya alim tapi sekadar perkongsian dan rujukan di buku-buku, ustaz dan internet sahaja. Hakikatnya kebanyakkan betul belaka. Adakala kita rasa cukup adakala kita rasa tak cukup apa kita ada, itulah keberkatan ada atau tak ada pada diri kita dan keluarga kita.
1. Hati tidak tenang, selalu gundah gelana.
Bila sumber tiada keberkatan, harta, nama, pangkat, kemewahan seperti tidak bermakna, ada sahaja yang tidak kena terhadap diri kita, hidup tidak tenang dan tidak aman. Adakalanya duit atau harta banyak tetapi sakit, selalu sakit, ada orang cakap sakit itu penghapus dosa tetapi ingat, kalau harta banyak kita sakit dan masih kedekut untuk bersedekah, dan dengan harta itu kita hanya sakit terlantar sahaja, apa guna ada banyak harta? apatah lagi kekayaan itu jadi rebutan keluarga dan anak-anak.
2. Duit berkepuk bertimbum tetapi masih tak cukup
Duit banyak tapi masih tak cukup, entah ke mana perginya, hujung bulan sahaja duit poket kering,cucuk duit dekat atm tinggal balance sahaja. sedangkan gaji besar, hutang sangat mengcukupi untuk dibayar dan masih mempunyai beribu-ribu lagi baki untuk hidup dalam sebulan, kalau keluar sedekat atau bagi kedua ibubapa pun masih mengcukupi, masih tinggal baki yang banyak, hakikatnya setiap hujung bulan mesti tak cukup duit,siap pinjam dengan kawan atau adik beradik, ada juga sampai meminta-minta kepada orang tua, malu kan?? itulah berkat sudah ditarik, ada orang gaji kecil,ada isteri ada anak ramai tetapi masih cukup untuk makan minum dan pelbagai lagi, hiduplah bersederhana.
3. Buat sesuatu tetapi tiada manfaat untuk diri.
Baca buku, belajar tinggi-tinggi tetapi hakikatnya satu pun tak lekat di kepala, nasihat dekat orang pandai tetapi hakikatnya diri sendiri tunggang langgang. Bab kata si pendek " Seperti ketam mengajar anaknya berjalan". Tepuk dada tanya imam.
4. Masa habis dengan sia-sia sahaja.
Katanya sibuk, hakikatnya leka dengan facebook, instagram, game, lepak dan sebagainya. Mana tak berkat mana tak da rasa nikmat solat 5 waktu pun lewat,bukan di awal waktu, zikir apatah lagi, doa selepas solat tak tahu ke mana, bersyukur pun entah ke tidak. Salah satu caru bersyukur adalah sujub syukur kepada Allah s.w.t bukannya hanya sekadar berkata, syukur alhamdulillah.
5. Buat kerja tak pernah siap.
Kerja banyak, idea melimpah ruah, tetapi tak pernah siap,tak pernah siap sempurn atau siap tetapi ada sahaja tidak kena, malah kita asyik mencari kesalahan orang lain sahaja.
Artikel ini saya sediakan saya karangkan agar semua umat islam tahu erti bersyukur dan tahu itu rezeki berkat. Di akhir zaman,dan zaman kita ini terlalu banyak yang makan duit haram, makan duit tidak berkat,malah diberi makan kepada ibubapa,isteri dan anak-anak. Kesian mereka. Bila rezeki tak berkat,nak anak pandai, jadi anak soleh dan solehah tetapi anak degil,anak nakal, anak buat perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t apatah lagi yang sudah belasan tahun. Ini namanya rezeki tidak berkat.
Jom kita bersyukur.
0 Ulasan