Berita Terkini Menarik Dan Bermanfaat

Samsung Note 10 - Kelebihan dan Kekurangan

Samsung Note 10 - Kelebihan dan Kekurangan | Hi semua, maybe saya memang lewat bujat review lag-lagi tentang jenama telefon yang tidak asing lagi iaitu jenama SAMSUNG, kini samsung telah lancarkan model baru beberapa bulan lepas iaitu samsung note 10 dan note 10 plus, kali ni saya nak cerita kelebihan dan kekurangan Samsung Note 10 sahaja.

Samsung Note 10 - Kelebihan dan Kekurangan
Samsung Note 10 - Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan Samsung Note 10

1. First impression dan super steady stabilization

Frist impression Note 10 memang terbaik dalam kelasnya. Dengan ketiadaan headphone jack tidak dapat untuk menolak kecantikan skrin dan kehalusan kualiti binaan peranti note 10 ini.
Dengan saiz skrin 6.8″ memberi kemasan dan keunikan tersendiri. Peranti ini menggunakan skrin Dynamic AMOLED dengan pengimbas cap jari ultrasonik di bawah skrin. Korang pasti berpuas hati. Masalah pengimbas cap jari yang sukar diakses atau jari tersentuh lensa kamera diselesaikan dengan pantas menerusi teknologi ini. Rekaan dagu dan dahi semakin mengecil jika dibandingkan dengan yang digunakan pada Note 9 tahun lalu.

2. Pemproses Exynos 9825

Pemproses Exynos pertama dihasilkan menerusi teknologi 7nm.  pemproses Note 10 berkelajuan setiap teras cip Exyno 9825 yang menggunakan konfigurasi teras 2+2+4 tetapi masih tidak didedahkan maybe ada perbezaan dengan pemproses Snapdragon 855+.

3. Carian nota S-Pen, storage UFS 3.0 dan charger 45 watts

Ini part paling istemewa saya rasa, terbaik dalam kelasnya tersendiri, kelebihan ada pada Samsung Note 10 ini anda boleh mencari nota yang ditulis dengan S-Pen, ini memudahkan lagi kerja-kerja anda untuk menyusul file dan sebagainya, memang terbaiklah. ambahan lagi, saluran TechtalkTV mengalihkan perhatian kami kepada storage UFS 3.0 kerana mempunyai kelajuan 2x ganda bagi memindahkan file atau video dan ini hampir menyamai kelajuan storage Solid-State Drive (SSD).


Kekurangan Samsung Note 10

1.  Bateri dan Headphone Jack

Ini sendikit saya kecewa bahawa ateri gergasi 4,300mah tidaklah bertahan lama seperti yang kita sangka. Bahkan, video Battery Drain Test itu membuktikan bahawa 4,300mah Note 10+ tewas kepada bateri 4,100mah Samsung S10+. Ramai Youtuber dan peminat tegar gadget telefon pintar ini yang menekankan tentang kehilangan headphone jack dari peranti ini sebagai satu tindakan yang kurang wajar. Tetapi tetap ada pengemarnya tersendiri, terpulang.

2. Zum Optikal Masih Hanya Sekadar 2X

Yang ni memang Samsung Note 10 termasuk Note 10 plus amat ketinggallan bagi saya, kerana kebanyakan telefon terkini zum optikal semakin jauh dan canggih seperti Huawei P30 Pro dan Oppo Reno 10X Zoom kedua-duanya mempunyai kemampuan zum optikal sehingga 5X dan digital sehingga 60X.

3. Pengecas 45W Dijual Berasingan

Ini saya kecewa, maybe samsung ada main marketing sendikit tetapi bagi saya amat kecewa. Kedua-dua Note 10 dan Note 10+ menyokong pengecasan pantas 25W menerusi pengecas yang disertakan. Note 10+ walau bagaimanapun turut menyokong pengecasan Super Fast Charging 45W. Pengecas ini harus dibeli secara berasingan dengan khabarnya harga agak keras juga.

4. Kehilangan Identiti Pada Rekaan

Apa sudah jadi samsung?? saya dulu antara pengemar rekabentuk model samsung tetapi apa sudah jadi sekarang. Pada Note 10 dan Note 10+, Samsung mengubah susunan kamera melintang ke menegak menyerupai rekaan kamera P3o Pro. Sementara itu rekaan tubuh pula menyerupai rekaan Loop Surface peranti Sony Xperia. Hasilnya ialah Note 10 ialah peranti chimera yang tidak lagi mempunyai identitinya yang tersendiri.

Harap artikel ini tidak menyigung perasaan sesiapa ini hanya sekadar pendapat saya sahaja. Semoga bermanfaat.

sumber rujukan
: amanz.my
: http://soleheen.com


Catat Ulasan

0 Ulasan