Jelas tuan punya badan, sekiranya ada perkhabaran yang baik, sudah pasti dia akan berkongsikannya bersama dengan peminat dan orang ramai.
Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok.Neelofa juga menyatakan bahawa dia dan keluarganya tidak ada perbincangan langsung mengenai hal itu lagi.
Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum.
Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.
Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu.
Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.
Dia juga tidak lupa untuk berkongsi khabar gembira apabila dia menyatakan bahawa dia akan mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia tak lama lagi.
Hebat betul Neelofa ini! Sebelum berkahwin, pastinya dia mahu mencapai segala impiannya terlebih dahulu.
Sumber: ASTRO Gempak
0 Ulasan