Harimau Malaya Cari Jalan Berlubang | Apa sudah jadi dengan pemain harimau malaya? Sebenarnya bagi aku permain Harimau Malaya sudah memberi sebaiknya dalam perlawanan sebentar tadi tetapi hakikatnya perit untuk diterima kerana kekalahan, Dari amatan mata aku kalau tak silap boleh tadi goal terkena siku pemain lawan tapi itulah dinama bola.
artikel dari Sinar Harian
SKUAD Bawah 22 tahun (B-22) negara merintis laluan berliku untuk layak ke saingan separuh akhir Sukan SEA 2019 apabila tewas 0-1 kepada Filipina pada aksi kedua Kumpulan A di Stadium Rizal Memorial, Manila sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan Harimau Muda berada di tangga keempat Kumpulan A dengan hanya satu mata dan perlu mencari kemenangan dalam dua aksi terakhir menentang Timor Leste dan Kemboja untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir.
Malah, pengendali Skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee juga perlu segera mencari formula ampuh memperbaiki prestasi pemain negara yang seolah-olah hilang punca terutama dalam mencorak peluang untuk menjaringkan gol.
Pemain negara juga dilihat gugup di bahagian pertahanan selain bahagian tengah yang jelas kurang berfungsi untuk menghantar bola ke jentera serangan.
Terdahulu, Kim Swee melakukan dua pertukaran pemain berbanding ketika menentang Myanmar dengan menurunkan Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Dinesh Rajasingam dalam kesebelasan utama menggantikan dua pemain muda, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan.
Filipina bermula garang dengan mendominasi permainan sebaik wisel permulaan ditiup mengancam kubu pasukan negara memaksa banteng yang diketuai Muhammad Irfan Zakaria bekerja keras menangkis serangan tuan rumah.
Gol kemenangan skuad Junior Azkals itu dijaringkan pemain pertahanan, Amani Aguinaldo pada minit ke-72 selepas memanfaatkan sepakan penjuru yang diambil oleh kapten pasukan, Stephen Schrock.
Harimau Muda hanya mendapat momentum pada 15 minit terakhir perlawanan melalui beberapa siri serangan, namun berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Filipina.
Dalam pada itu, Myanmar yang terlebih dahulu bermain di sebelah petang mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Timor Leste untuk terus gah menerajui kumpulan A dengan tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri,manakala Kemboja berada di kedudukan kedua dengan empat mata.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59701/KHAS/Sukan-Sea-Filipina-2019/Harimau-Muda-rintis-laluan-berliku
0 Ulasan