Petua cari Jodoh Yang Baik dan Solehah |
Disini saya kongsikan petua menarik, anda boleh cuba, sebelum itu anda perlu muhasabah diri,cermin diri, jodoh ini milik Allah,ditangan Allah,kita mampu merancang tetapi ingat jodoh juga sekufu.
1. Cari bakal isteri bukan pada paras rupa kerana paras rupa itu bonus, korang pejam pun tetap jumpa juga cari, cantik ni fizikal sahaja, jika dalamannya cantik InsyaAllah cantiklah luarannya. Cantik ni tengok pada orang, ada orang lihat gadis A cantik sedangkan ada orang lihat gadis A biasa sahaja. Yang penting niat dan cara kamu mendekati si dia dan cara kamu menjaga si dia ketika berkenalan atau berkawan.
2. Lakukan risikan rahsia, seperti memohon keluarga untuk merisik khabar atau kawan-kawan. Risikan ini amat penting untuk mengetahui si gadis ini bila bersama keluarga,kawan-kawan dan terutama pada orang tua. Si lelaki akan dapat tahu perihal si gadis itu seperti mana.
3. Cari yang tinggal dengan orang tua. Yang ini tengok juga macam mana keadaannya, yang tinggal dengan adik beradik pun okay, selalunya yang tinggal dengan family ini terjaga sendikit tingkah laku atau gerak geri si gadis ini. InsyaAllah baik. Lagi-lagi gadis lingkungan yang masih nak belajar dari sekitar umur 18-23/25 tahun, waktu ini selalunya si gadis mahupun si teruna banyak perkara yang mahu dicuba, awas ya...
4. Kalau boleh cari yang pandai urus rumahtangga,. Si lelaki harus tau serba sendikit tentang si gadis, buatlah taktik contohnya pergi kerumah keluarganya atau bawa balik ke rumah ibu bapa dan perhatikan cara si gadis membawa diri di dalam family btersebut,disitu kita dapat lihat gadis ini pandai membawa diri meraka. Banyak lagi boleh dilihat contoh cara gadis ini melayan anak-anak kecil,layan orang tua.= dan lain-lain.
5. Cari yang pandai mengambil hati orang tua, melayan orang tua. Bukan jenis bodek atau merasuah orang tua,hehehe. Ini penting suatu hari nanti kita pun akan tua.
6. Cari yang tidak suka sangat bergaul dengan lelaki, bila keluar jarang kita nampak si gadis keluar berdua, selalu berteman.
7. Cari yang didikan agamanya cukup atau pandai menjaga maruah. Ini penting, ingat pesal rasul, nak cari isteri yang soleh carilah dari anak-anak dara yang pandai agamanya, pandai menjaga maruah, satu pilihlah dari segi keturunannya, kedua dari segi paras rupa dan dan ketiga hartanya, keempat dari segi agamanya. Jadi pilihlah dari segi agamanya insyaAllah sampai ke jannah. Amin
Artikel ini hanya pendapat saya semata-mata, ada banyak lagi cara dan semua itu Allah yang tentukannya, kita hanya merancang. Semoga anda mendapat jodoh yang baik dan solehah. Amin
0 Ulasan