Da’i Farhan Dedah 18 Wanita Minta Jadi Isteri Kedua dan Memilih yang ke 19 | Kontroversi Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkahwin kali kedua
dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan hangat
diperkatakan selepas timbul dakwaan dia menikah secara senyap ketika
isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka. Perkahwinan itu
juga dikatakan tidak diredhai oleh isteri pertamanya.
Terbaru, Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi.
Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir dan
ketentuan Allah SWT yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19
yang kini sudah bergelar isteri keduanya. Penyatuan cinta mereka
disifatkan begitu indah sekali.
Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur. Semoga ustaz bahagia.
Jangan Buka aib orang, nanti Allah akan buka aib kita. Apa yang ustaz buat biarlah itu keluarganya, doa yang baik-baik ya.
Sumber Berita & Video : mStar Online
dan beautifulnara
Terbaru, Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun dia terpaksa menolak kerana tidak ada keperluan untuk berkahwin lagi.
Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun, semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.Menjawab segala spekulasi dan persoalan netizen berkaitan hati isteri pertamanya yang terluka dan tidak meredhai perkahwinan kedua tersebut, Farhan menegaskan isteri pertamanya itu berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.
Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenan kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur. Semoga ustaz bahagia.
Jangan Buka aib orang, nanti Allah akan buka aib kita. Apa yang ustaz buat biarlah itu keluarganya, doa yang baik-baik ya.
Sumber Berita & Video : mStar Online
dan beautifulnara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan