Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Petua Dan Cara Kurangkan Sakit Tumit Kaki

Petua Dan Cara Kurangkan Sakit Tumit Kaki | Anda sakit kaki?? kerana kaki anda ada masa untuk sakit kepada?? ini cara utuh yang baik untuk kurangkan sakit tumit kaki secara alami dan ada juga petua untuk hilangkan sakit tumit kaki. Sakit kaki ini berlaku atas dasar beberapa faktor, antaranya faktor umur, faktor permakanan dan faktor cara kita bergeraka atau berjalan. Teruskan membaca ya...


artikel berkaitan : Petua Berkesan Hilangkan Gatal Pada Kelamin

1) Senaman tapak kaki

Tumit kaki akan sakit bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa regangan pada tapak kaki dengan cara berikut.

2) Rendaman kaki

Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki. Caranya mudah, sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif jika mahu kaki harum). Rendam kaki selama setengah jam, anda akan rasa tumit kaki lebih relaks.

3) Pilih kasut yang sesuai

Pemilihan kasut yang sesuai amat memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain reka bentuk yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.

Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan daripada memilih kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak menyokong kaki dengan baik pada tapak dan tumit anda.

4) Pilih aktiviti riadah yang sesuai

Buat mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri pada masa yang lama seperti berjoging atau berlari.

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ia aktiviti yang memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.

5) Suntikan steroid

Jika sakit masih tidak baik, suntikan steroid pada tapak kaki merupakan salah satu rawatan yang boleh dicuba. Ia akan mengurangkan keradangan pada tumit kaki.

Tetapi perlu diketahui bahawa ia mempunyai komplikasi iaitu ia boleh menyebabkan fat pad atrophy. Lalu ia menyebabkan sakit tumit itu menjadi lebih teruk.

Petua Hilangkan Sakit Tumit Kaki

Petua hilangkan sakit kaki atau tumit kaki hanya menggunakan buah betik sahaja. Mudahkan..

1. ambil betik muda, sangat muda lagi bagus kerana masih bergetah, aummwwww...

2. bakar atas dapur dan biarkan ia hangus, tak payah nak golek-golekkan buat betik itu. Biarkan sebelah sahaja hangus.

3. Dah hangus angkat dan lapiskan dengan kain tebal, panaskan.

4. letakkan kaki di atas betik yang dibakar tadi,jika terlalu panas lapitkan lagi kain seperti anda bertuku.

5. biarkan kaki di atas betik sehingga suam betik itu.

6. tekan kaki anda pada betik itu sehingga berlubang dan rendamkan tumit kaki ke dalam betik yang telah dilubangkan itu kerana di dalamnya terdapat air,dan biarkan seketika.

7. Lap kaki dan siap, insyaAllah mujarab.

Semoga bermanfaat ya.

Sumber : Profhariz, sinarhariankeluarga.my

Catat Ulasan

0 Ulasan