Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Adsense - Menariknya Main Blog Kontent SEO dari Blog Content Trafik Media Sosial


Adsense - Menariknya Main Blog Kontent SEO dari Blog Content Trafik Media Sosial | Cerita pasal google adsense aku rasa ramai dah tahu dan tak perlu bahas,  nak tahu juga baca disini.  Apa yang menarik main blogs adsense kontent SEO?  Kita bahas secara simple dan mudah dengan cara aku, harap anda semua faham dan jelas.

Secara jujurnya bila kamu main adsense yang pentingnya bagaimana mahu datangkan trafik ke blog adsense kita.  Ada trafik datang dari kontent SEO ada trafik datang dari media sosial. Jika anda mempunyai media sosial yang besar untuk anda dapatkan trafik tinggi mudah,  bergantung kontent viral dan cara penggunaan tajuk. 

Bagi kontent SEO ada beberapa jenis SEO kontent,  yang selalu aku main kontent seo normal dengan seo treding. 


SEO normal ni aku yang panggil,  bahasa kat luar tak pasti,  normal maksud die seo target pada sesuatu keyword berdasarkan carian harian, mingguan, bulanan, dan cost per click (cpc).  Menariknya Kontent seo kamu boleh target cpc nilai satu-satu klik,  setiap iklan harga dia berbeza tetapi kita boleh target keyword apa minimum setiap harga satu klik.  Jika trafik dari media sosial dari nilai satu klik USD0.01-0.10 jarang sekali cecah lebih dan majoriti satu klik nilai USD0.01-0.05. Bergantung kepada beberapa faktor dan artikel tidak relevan dengan iklan. 

Kontent seo trending ini hanya sementara sahaja. Untuk seo normal hanya sikit sahaja,  best trafik seo trending memg gempak bergantung kepada isu apa yang tengah meletop.  

Menariknya kontent seo akan kekal lama untuk bagi trafik ke blog kita cuma kita perlu jaga dan bagi baja yang cukup untuk kekal kontent seo berada pada tahap terbaik.  Dalam dunia blogger pun ada persaingan juga,  kontent kita tidak selalu berada di atas adakalanya akan dipintas. 

Semoga apa aku cerita kali ini anda boleh membuat kesimpulan. Aku ada pengalaman main adsense blog seo dan adsense blog trafik media sosial sahaja.  Memang income dari media sosial padu dan cepat dapat, tapi tak lama kerana beberapa faktor nanti aku cerita di bab lain.  Tapi kontent seo apa kurangnya kena cara kena trafik memang sebulan nak potong gaji cikgu pun boleh. 

Apa yang boleh aku katakan,  yang penting usaha dan tidak berputus asa.  Good luck ya!! 

Catat Ulasan

0 Ulasan