Berita Terkini Menarik Dan Bermanfaat

Europe Trip #Travengers : Fly Beyond the Sky

Europe Trip #Travengers : Fly Beyond the Sky  Terlalu banyak pengalaman yang dikutip. Pahit manis yang dirasa sepanjang trip ni kalau dijual beli pun tak ternilai harganya. Apa yang perlu buat, apa yang perlu tinggal or bawa time travel (yela 23 hari kan), banyak yang tercatat dan menjadi kenangan serta pedoman.

Untuk rangka dan susun kesemua negara ini perlu tallykan dengan 4 perkara : flight time + flight budget + accommodation + balance of budget for the next stop. Only one person yang kena handle part ni dari segi booking, confirmation on ticket flights, trains, otherwise everything jadi chaos sebab banyak kepala hehe alhamdulillah yang lain memahami
 23 days (23 Nov - 15 Dec)
🛫 11 x flights
🚅 2 x bullet trains
🚗 3 x driving in 4 different countries
🗺 11 countries for tour + 3 countries for transit
🚇 Uncountable 🚃🚕🚎 🚝 rides
🚶🏻‍♀️312,720 steps ~ 146.70km walking distance
Alhamdulillah ala kulli hal.
 🇧🇳 Brunei (transit)
 🇬🇧 London, England
 🇫🇷 Paris, France
 🇧🇪 Brussels, Belgium
 🇳🇱 Amsterdam, Netherlands
 🇨🇭 Switzerland ⛄️❄️
 🇮🇹 Rome & Venice, Itali
 🇻🇦 Vatican City
 🇭🇺 Budapest, Hungary ☃️❄️❄️
 🇨🇿 Prague, Republic Czech
 🇹🇷 Istanbul, Turkey
 🇺🇦 Ukraine (transit)
 🇬🇷 Athens, Greece
 🇸🇬 Singapore (transit)

So the way nak susun tu.. I will find any cheapest flight tickets, bawa ke group kami untuk bincang, dorang setuju, then proceed to the next country, repeat the steps, sampai la capai maximum limit of our budget (which lead to 11 countries lol)
1. Kenapa tak naik train untuk jelajah europe?
- Flight jauh lebih murah and cepat berbanding train. Tapi cari yang sesuai dengan masa yang ditetapkan. Bandingkan harga di Google Flight dah memadai. Nak lebih tepat harganya, lepas cari google flight, click official website for each airlines / bullet train company.
Update : Semua preparation untuk pembelian tiket flight dibuat di Malaysia bagi memastikan time bound between kesemua ticket flights tu selamat dan munasabah untuk kami boarding tanpa masalah. Alhamdulillah, takde missed flight even naik 11 kali.
2. Accommodation — hostel or hotel?
- Hostel with PRIVATE room is preferable, elakkan bercampur tempat tidur dengan strangers untuk keselamatan barangan peribadi. Banyak kes barang kena curi bila tidur mix dorm with strangers. So book tempat tidur tu just for you guys je. Takde campur dengan orang lain
However, APARTMENT is much better (Agoda Homes, Air B&B, Booking.com), boleh masak dengan seronoknyaa. Ingat, bila travel di tempat orang jangan sesekali pernah jadi gelandangan seperti tidur di tepi jalan atau bawah tangga demi nak menjimatkan budget (tidur kat airport before flight tu lain cerita). Keselamatan diri sangat penting bila travel!
3. Car rental or public transport?
- Car rental lebih sesuai untuk negara yang nak travel jarak jauh (UK, Switzerland, Brussels - Amsterdam). Other than that, public transport je! Tengah-tengah bandar nak driving tu bukan satu perkara yang sesuai. Jammed lagi, bayar parking lagi.
4. Masak or beli?
- Masak laaa. Jimat teruk. Nasi lemak telur rebus 6 kali kot masak kat europe. Belum habaq lagi masak tomyam kat Prague. Thank you kak Hazlina our masterchef yang banyak sangat membantu kami dan mengenyangkan perut kami. Serious sambal kak Lin sedap. Kalau dia jual, korang kena beli sambal dia okay 🤣 kitorang makan kat luar mostly waktu lunch je sebab time tu tengah on trip.
5. Luggage or large backpack?
- LUGGAGE, dengan saiz 24”. For me tarik luggage is better than pakai backpack hiking belakang yang tinggi tu sebab senang nak unpack and packing semula plus tak sakitkan badan nak pakai kat bahu since kami travel ke banyak negara. Berat luggage kami berlima ni sorang je dah 15-20kg untuk survive 3 weeks. Memang tak sesuai la nak tampung kat bahu. Just guna small backpack for barang-barang peribadi yang ringan, and for barang keperluan masuk dalam luggage.
By the way, segala jenis kad, duit dan passport saya letak dalam pouch kat pinggang so tak risau kena pickpocket even pakai backpack di belakang. And disebabkan saya jenis bawa kamera DSLR, bila kamera tu ada dalam backpack saya, saya akan cuba jalan paling hadapan or tengah-tengah so dibelakang saya ada kawan-kawan yang akan tolong lindung beg saya dari ancaman pickpocket especially di tempat hotspot macam London, Paris, Brussels. Thank you guys!
6. Documents bawa macam mana?
- Simpan dalam google drive. Buat 1 file dan dalam file tu ada subfile lain. Kesemua tiket flight, train, accommodation, salinan passport dan insurans setiap orang, alamat embassy, saya simpan dalam 1 google drive and share link kat semua travel members (5 of us) & waris mereka so in case of emergency document tu still accessable kat phone / pc lain (rujuk video yang diattach) but still saya bawa 1 fail khas untuk simpan hardcopy bagi semua perkara di atas.


7. Emergency / Contingency expenses?
- Masing-masing on debit card untuk pengeluaran ATM international. Dan saya pula bawa 3 card credit in case of emergency. And yes, kadang-kadang bila 1 kad tak boleh guna, time tu laa mengada kad tak boleh swipe, so another kad ada for backup. Fyi, booking flight, kereta, hotel kat oversea mostly guna credit card. So before fly, saya dah siap-siap pindahkan sejumlah wang dari debit card ➡️ credit card so I can use credit card untuk booking purposes or daily use. Kad BigPay pun banyak membantu jugak sebab tukaran currency yang lebih rendah. So beli tiket train / bus / train guna BigPay je 😆
8. Takpe ke stop kejap je setiap negara?
- Depends on orang. Macam saya, saya lebih suka travel banyak negara memandangkan lokasi setiap negara di Europe berdekatan (macam negeri kat semenanjung) so why don’t terus jelajah multiple countries? Boleh tengok berbeza budaya, masyarakat, rules and sistem pengangkutan. Best!
9. Negara paling best?
- Masing-masing ada kelebihan ada kekurangan. Ada tempat yang cantik, tapi banyak kes pick pocket. Ada tempat yang agak sendu, tapi public transport hebat and gempak. Overall semua worth to go at least 1 time in your life.
Top 3 : Istanbul, UK, Switzerland
10. Sistem public transport mudah or senang?
- Installs Apps “City Mapper” and “Google Maps”. Banyak bantu korang nak guna public transport. Nanti dia habaq nak naik bus or train nombor berapa, turun kat station mana. Even tengah jalan kaki pun guna Google Maps. So — make sure internet ada. Beli simcard EE kat UK dengan harga GBP20 and boleh pakai semua kat negara kecuali Turkey.
Nak suruh tulis pasal our whole journey memang panjang. Maybe I will write country by country soon. Banyak tips yang boleh dishare!
——————————————
❗️Friendly Reminder ❗️
Bila travel jauh dan lama, teamwork pun haruslah mantap. Give and take, cooperation tu tunjang utama ✌🏻bayangkan if kita travel dengan orang banyak songeh, jenis kalut — fuhh boleh jadi pening kepala. Disaster holiday kite. Hehe
👏🏻 All hails to my #Travengers squad :
Amir Lani
Bulan Yang Bulat
Hazlina Sooboh
Farah Natasha
Thanks for being awesome for this trip!
——————————————-
Budget —
All-in : RM7-8k (🛫🚅🚕🚗🚎🚃🏩🥙🍱)
Shopping / personal expenditure : RM3-4k
Total up : RM10-12k depends la masing-masing la shopping and makan tahap mana
——————————————-
P.s : Tak berniat nak masuk pertandingan “travel with the lowest budget in Europe”. Fyi kitorang 4 kali naik taxi mercedes time trip guyss 🤣 (actually grab / taxi dorang semua kereta jenis gitu). Tak perlu nak backpacking cara cheapskate sampai susahkan diri. Cuba relax, be rational and flexible bila perlu dalam apa jua keadaan — and kat sini lah pentingnya cooperation among travel buddies. Yang penting cuba susun itinerary wisely so budget korang jadi molek mengikut kesesuaian untuk travel! Kalau budget RM5k, susun lah iti just for RM5k. Tu je cerita dia 🤣
Next? Balkan or Scandanavian countries maybe? InshaAllah 🍁🍂

Catat Ulasan

0 Ulasan