Kecoh!! Bukan Isu Melayu Jatuhkan Melayu, Salah Tetap Salah – Dr Amalina Bidas Kenyataan Neelofa? | Kecoh seketika pasal Neelofa ni, pasal susu pisangnya, siapa punya pisang ni?? baru lepas isu pasal last disember mengecara Meletop. Neelofa meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan sikap sesetengah orang Melayu yang didakwanya mahu menjatuhkan bangsa sendiri. Kenyataan itu dibuat susulan kontroversi melibatkan jenama susu pisang
Nilofa yang didakwa ‘overclaim’ tentang khasiat daripada sudut kesihatan.
Dr Amalina Bakri menerusi akaun Twitternya meminta tiada pihak memainkan
isu serta menggunakan alasan perkauman untuk menutup kesalahan yang
dilakukan. Apa yang disuarakan oleh Dr Amalina bukanlah kerana mahu mencetuskan
perbalahan, sebaliknya sebagai seorang doktor, dia harus menyampaikan
fakta yang betul serta memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap
produk yang berkemungkin boleh menjejaskan tahap kesihatan pengguna.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus status itu ditujukan
kepada siapa. Namun, rata-rata netizen menganggap ia mungkin berkaitan
dengan isu terbaru melibatkan Neelofa.
Terdahulu, risalah berkaitan susu pisang Nilofa mengelirukan pengguna
apabila produk tersebut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah,
obesiti, meningkatkan kadar metabolisma serta membantu membuang toksik
dari badan. Difahamkan, produk Nilofa turut diperiksa oleh pihak KKM di
kilang dan juga gudang. Mereka meminta agar pihak Nilofa HQ mengubah
pembungkusan susu tersebut.
beautifulnara
Sumber Berita : Twitter Dr Amalina Bakri
0 Ulasan