U.M.R.A.H. D.I.Y. T.A.N.P.A. P.A.K.E.J.
MENARIK!! UMRAH DIY TANPA PAKEJ MURAH TAPI ADAKAH IA HALAL?? | Assalamualaikum semua. Awal 2018 yang lepas kakak ada up gambar kami suami isteri umrah tanpa pakej. Dan lepas tu ramai
kawan2 yg minta kongsi cerita. Tapi disebabkan ramai yang ingat UMRAH
DIY ni melanggar undang2, kami malas nak hebah2 kan. Tapi, sejak Saudi
lancarkan tourist Visa, secara tak langsung UMRAH DIY sudah dianggap
‘halal’. Makanya, cerita ini untuk korang semua yang kakak dah janji.
Sori lambat! 🙏🙏🙏 Hehe..
☢️Disclaimer☢️ Kak
oishii takde niat nak menunjuk, apatah lagi nak menjatuhkan periuk nasi
kawan2 yang buat pakej umrah. Cuma ini guide untuk kawan2 yang nak
pergi dengan plan sendiri. Tak semua orang ada cuti 12 hari untuk umrah,
tak semua ada 6-7k untuk umrah. InsyaAllah trip DIY kome blh plan
sendiri, bajet sendiri, masa sendiri. Good luck! 😄
1. FLIGHT BOOKING
Boleh
survey semua airlines. Biasanya Saudia, MAS, AirAsia ada direct flight.
Kalau transit mungkin lebih murah, eg: Oman Air, Etihad, Sri Lankan,
Turkish Airlines. Tapi masa transit tu adakah berbaloi, terpulang
masing2.. ✌️
Kami
hari tu amik AirAsia. RM1750 sorang without luggage/food/seat.
Tersangat murah. Then kakak tambah front seat, makan, luggage jadi
RM2350 return. Kebetulan masa pergi flight kosong, makanya berbaring lah
deme guna 2-3 seat sorang. Selesa habis. Guideline kakak, RM2500 (all
in) ke bawah boleh grab. Budget terbesar utk umrah DIY memang flight
tiket. So, choose wisely!
2. HOTEL BOOKING
Jarak
hotel sangat memainkan peranan. Kat madinah rata2 hotel dekat murah je.
Lebih murah dari Makkah. Kat Makkah, ada kawan2 DIY dapat rate Hilton
sgt murah utk bilik 4 org. SAR 245/nite je! So untuk hotel dah boleh
plan sesuai bajet. Tempah kat agoda atau booking.com etc.
Sama je macam korang g travel ke Europe tu. Guideline kak oishii, kome
amik yg free cancellation. Bila ada offer yang lebih murah, boleh cancel
yang first, book baru. Hihi
Kami
stay Hotel Saraya Eiman Makkah (300m ke dataran) SAR 220/nite. Madinah
Zowar International Hotel (300m ke Gate 25 – pintu wanita. Straight
pergi Raudah) SAR 259/nite.
3. VISA
Sekarang
VISA UMRAH dah bukak seawal 10 Muharam rasanya. Dan tutup 15 Syawal. So
boleh plan pergi dlm tempoh masa ni. Utk urusan Visa, kena ada flight
tiket, hotel booking, surat nikah/sijil lahir, bukti cucuk vaksin,
travel insurans. Untuk Visa, kami ada contact orang yang boleh buatkan.
Nak yang ni, kena PM tepi. Tak boleh disclose bagi menjaga kepentingan
banyak pihak 😉. Kos RM350 sorang (Januari 2018).
Sebenarnya,
kami masih pergi dengan VISA UMRAH yang sah. Jadi bagi Saudi, kami
datang dari group company yang buatkan VISA UMRAH kami. Muasasah di
Saudi, muasasah company tu. Jadinya, UMRAH DIY KAMI HALAL di sisi
undang2 Saudi. Yang kome baca kat paper kata UMRAH DIY HARAM tu, tak
sama dengan kes kami dan kebanyakan geng2 DIY yang lain.
Tapi
ini semua dulu. Sekarang 2019 dah ada VISA PELANCONG. Sangat2 lah
senangnya. Wanita tak perlukan mahram, tak perlu kad suntik vaksin,
flight, hotel semua. InsyaAllah soon kami bakal terbang dengan VISA
PELANCONG ni. InsyaAllah kak oishii share lepas balik nanti ye.. 😆
4. MAKAN
Bab
ni pun sama korang boleh control ikut bajet sendiri. Macam kami laki
bini hantu nasi arab, so memang hidup senang la kat sana. Puas makan.
Kalau yang memang selera melayu tu jangan risau, ada Felda D’Saji kat
Makkah n Rumah Makan Indonesia kat Madinah (update: katanya dah ada
Rumah Makan Malaysia kat Hotel Dar Eiman Madinah). Bajet makan kami dlm
RM50/pax/day. Kalau hotel Saraya Eiman nak fullboard makan tambah SAR40
masa tu.
5. GROUND TRANSPORT
Boleh
check facebook Umrah Taxi, Umrah Taxi Express, Umrah Cab. Kalau berdua
macam kami banyak guna Uber dan Careem (apps macam grab). Untuk Umrah
2020 kakak amik pakej Umrah Taxi sebab sekali harung utk 1 keluarga.
Umrah Taxi ni kita bayar masa kat sana. Cuma booking je awal2. Atau yang
muda mudi takde anak kecik tu boleh amik SAPTCO bas. Coach selesa jugak
kata kawan2. Kakak xpernah guna. Train pun kakak takde pengalaman.
Dengar dari kawan2 je.
Kebetulan
sebulan sebelum kakak fly hari tu, Saudia Airlines buat offer. Jadi
kami amik flight domestic Jeddah-Madinah. SAR 200 seorang return. Kalau
sedan car mau SAR 400 one-way. Hihi.. Ziarah Makkah, Madinah semua kak
oishii guna Uber n Careem je. Senang n murah. Ada yang kami naik bas utk
niat ke Tanaim. SAR 3. Ada kawan ke masjid Quba hari2 pun naik bas.
Nanti kakak cuba.. 😃
6. ZIARAH & MUTAWWIF
Kami
tak amik mutawif masa trip ni sebab rasa boleh handle sendiri berdua.
So semua ziarah naik Uber je. Untuk next trip kami pergi keluarga besar,
maka amik student Malaysia yang kat sana untuk ziarah Makkah, Madinah n
Thaif. Sambil2 tolong dorang jugak.. ☺️ Boleh PM kakak kalau nak contact k..
7. TRAVEL INSURANS DAN CUCUK VAKSIN
Sangat2
penting. Kalau VISA UMRAH wajib ada. VISA PELANCONG takyah. Macam
travel ke tempat2 lain jugak. Beli je online. Kakak sekeluarga memang
amik annual travel plan. Vaksin pun kami amik walaupun sekarang dah tak
payah ada. Tapi mencegah kan lebih baik dari mengubati?
8. AIR ZAMZAM
Air
zamzam ni boleh beli kat airport Jeddah/Madinah kat luar. Sebelum kome
masuk check in. SAR 5 je untuk botol 5 liter. Tapi 1 pasport boleh beli
sebotol air je. And airlines tak kira 5 liter ni dalam pakej bag kita.
Kira memang dorang bagi free bawak balik. 😍
9. BAJET TOTAL
Jadi
untuk trip ni total bajet kakak dalam RM 4000 seorang untuk 8 malam
rasanya. (Nanti peh balik Malaysia kakak update exact figure. Ada tulis
dalam buku. Kakak jauh diperantauan ni, tak ingat. Hihi..) Dengan
perjalanan yang smooth, hotel dekat, kakak rasa sangat2 puas hati dengan
DIY umrah ni. Harap yang ke depan bersama keluarga besar ni pun Allah
permudahkan jugak. Kome doakan jugak ye? Nanti kakak share pengalaman
yang ni pulak. Ke kome nak kak oishii update live nanti? 🤭😝
sumber
Dila Luvy
Notakaki
: UMRAH DIY ni kakak tak galakkan untuk first timer. Sebab kita datang
nak beribadah, biarlah pakej tour uruskan semua. Kita ikut dan focus
ibadah je. Yang dah pernah pergi, nak plan aktiviti dan bajet sendiri,
nak rasa manisnya tak bazir banyak masa, silakan. Sekali lagi, kalau
rasa bermanfaat, sharelah untuk panduan kawan2 lain bersama. Yang khilaf
atau tak jelas, maafkanlah kami.. Mana yg tertinggal, boleh la tambah
kat komen bawah. So, semua boleh baca dan dapat manfaat bersama.. 😊😊😊
0 Ulasan