KANTOI!! “Solat asar 3 rakaat, eh 2, eh?” Ni Mintak Sedekah Ke Minta Tajaan | Sekarang ni kalau korang perasan, ramai individu yang menggunakan agama untuk meminta derma. Kita pun jadi tak pasti yang mana betul-betul memerlukan dan juga mereka yang menipu dan hanya menggunakan agama demi kepentingan sendiri.
Baru-baru ni, tular di laman media sosial mengenai seorang lelaki meminta derma telah di soal mengenai jumalah rakaat solat asar namun dia gagal menjawabnya dengan betul.
Menurut perkongsian oleh @potteraFARHAN itu, lelaki itu menyamar sebagai individu yang ditugaskan untuk mengutip derma bagi salah sebuah tahfiz di Sungai Petani, Kedah.
Namun begitu, penipuannya itu terbongkar apabila dia telah disoal oleh individu lain mengenai bilangan rakaat solat fardhu asar dan dia memberikan jawapan yang salah.
“Tadi solat tak? Solat dekat mana?” – Perakam
“Solat. Zuhur tadi solat pukul 1.” – Peminta derma
“Solat asar berapa rakaat?” – Perakam
“Dua.. eh tiga.. eh..” – Peminta derma
Setelah lelaki itu memberikan jawapan yang salah, dia kelihatan ketakutan. Tambahan pula, individu yang merakamnya itu turut mengguguutnya supaya memberitahu perkara sebenar atau dia di hantar ke balai polis.
Mungkin takut bakal di penj4ra, dia akhirnya mengaku bahawa pusat tahfiz yang kononnya dia mengutip derma itu tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata.
“Saya janji, saya meniipu jual agama pakai nama tahfiz, saya tak buat lagi”
“Tahfiz kulai besar, Sungai pertanian” katanya.
Tapi macam mana sekali pun, korang kalau nak bersedekah apa yang penting adalah ikhlas. Kalau nak bagi, hulurkan sahaja, kalau tak nak bagi, jangan pula sampai menghina atau memperlekehkan seseorang itu. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk saudara ini.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Lobak Merah
0 Ulasan